Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Saturday, October 23, 2010

MG Mengugut?

Seorang pesakit bercerita kepada saya, " Kalau mu zikir, aku akan kacau mu ". Saya pun memberitahu beliau, " MG tu menipu... dia sakit bila Tengku berzikir, teruskanlah ". Sedikit dialog antara saya dengan pesakit :-

Saya : Pernah dapatkan Rawatan Perubatan Islam?
Tengku : Tak pernah.
Saya : Amalan zikir tu belajar daripada siapa?
Tengku : Lihat kat TV.

Saya pun mengajar kepada beliau zikir2 amalan benteng diri & family, serta ijazahkan kaedah tertentu.

Siapakah yang mengupah penyihir?

Perlukah perawat memberitahu kepada pesakit dan keluarga pesakit siapakah yang mengupah penyihir tersebut secara tepat? Kenapa saya bangkitkan persoalan tersebut? Petang tadi ketika isteri saya membeli air minuman daripada penjual yang akrab dengan keluarga kami, isteri beliau sempat menceritakan kisah beliau jatuh pengsan ketika sedang berniaga minggu lepas di Pekan sehari XXX. Mereka mendapatkan rawatan dan dimaklumkan 5 ekor Jin dikeluarkan dari jasad beliau. Orang yang mengupah penyihir tersebut adalah yang berniaga bertentangan/berhadapan dengan beliau, kononnya orang tersebut dengki disebabkan perniagaan beliau amat maju. Saya tidak nafikan penjual yang diceritakan itu memang kurang pelanggan, kenapa? Daripada pandangan peribadi saya adalah kebersihan dan kualiti minuman yang dijual. Ayat mudah tak sedap minuman yang mereka jual. Manakala penjual yang kami sering beli air minuman daripada mereka memang bersih dan sedap contohnya air Oren yang mereka jual menggunakan perisa jenama mahal. Saya memaklumkan kepada isteri dan anak2 agar tidak mempercayai cerita tersebut 100%. Alhamdulillah, penjual tersebut hanya mengatakan "Kenapalah nak aniyai mereka yang sama-sama mencari rezeki, apa salah dan dosa mereka dituduh menggunakan ilmu pelaris dan sebagainya." Andainya mereka ini bukan daripada kalangan yang penyabar, apakah yang akan terjadi? Apabila dah jadi kes yang berat, pastinya perawat pun akan terlibat sama. Terlajak perahu bolih di undur, terlajak kata/cakap buruh padahnya.

Kaedah TRO

Anak murid  Ustaz Abdul Majid (AKRINE) pastinya amat memahami kaedah TRO, material yang akan digunakan ialah rotan, ada yang R&D dengan menggunakan "Penyangkut Baju" termasuk yang gunakan tangan  "KARATE". Saya memang menggunakan pelbagai material untuk memukul antaranya rotan, buluh, kayu anona dan ranting pokok bunga kertas.

Orang dulu-dulu ketika memandikan jenazah, dibawah tempat mandian jenazah (bawah rumah) akan diletakkan bahan berduri. Olih asbab demikianlah saya menggunakan ranting berduri untuk TRO. Wallahu A'lam.