Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, September 25, 2009

Aktiviti Ziarah Di Hari Raya...

Alhamdulillah, kini kita telah pun berada di hari ke 6, bulan Syawal. Pastinya bermula minggu hadapan akan bermula fasa ke 2 sambutan aidil fitri, apabila yang beraya di kampung telah kembali ke rumah mereka.

Saya beraya di rumah abang kat Serendah, Selangor. Tgh raya kedua ke rumah anak saudara di Taman Mesra Raia kat Spg. Pulai, Perak seterusnya ke rumah adik di Pusing (Dekat Batu Gajah). Keesokan harinya ke rumah kakak di Kg. Changkat Rambai, Kg. Gajah.

Ziarah hari raya ni ada aktiviti tambahan, merawat saudara mara yang sakit mistik. Bukan tahu sangat pun sekadar membantu aje, berdoa dan berserah kepada Allah.

Semalam pun, saya bersama family ziarahi sahabat isteri yang sakit, beliau memang dah lama sakit, menjadi bertambah serious apabila bapa beliau kembali kerahmatullah. Keluarga beliau dapatkan rawatan modern, sehinggalah ke Hospital Kuantan, bermacam-macam kaedah pemeriksaan dilakukan. Malangnya kini terbaring dengan perut yang semakin membuncit, selera makan yang tiada, daripada peramah menjadi pendiam.

Apa yang saya faham, family mereka kurang mempercayai kaedah alternatif. Kasihan juga saya tenguk, mengenangkan adab ziarah orang sakit & isteri pula minta tolong tengukkan, maka saya gagahi diri untuk scan pesakit berkenaan. Keluarga beliau dan tetamu seperti terkejut, apabila melihat tindak balas pesakit semasa saya lakukan rawatan. Semuga Allah kurniakan kesembuhan sepenuhnya kepada beliau untuk kesejahteraan suami dan anak-anak beliau. Saya menasihatkan keluarga tersebut dan memberi sedikit tunjuk ajar agar mereka lakukan rawatan sendiri. Bergantung penuh kepada Allah, yakin, tidak berputus asa serta sabar menerima ujian daripada Allah.

Wallahu 'aklam.