Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Tuesday, March 1, 2011

Waktu Penghujung

Semalam saya menjadi hairan kenapa kat Balai Polis ramai sangat orang, secara kebetulan bertemu Boss kat sini, beliau mengeluh kerana sudah 2 kali ke Balai Polis untuk membayar saman anak saudara beliau yang tinggal di Kuala Lumpur namun masih tidak berjaya. Ooo rupanya tarikh akhir diskaun pembayaran saman. Apa yang saya faham, diskaun ini bermula akhir tahun lepas lagi, saya sendiri telah membayar 1 saman yang dapat diskaun 50%. Memang dah jadi satu kelaziman atau habit masyarakat Malaysia untuk berurusan di waktu akhir ataupun last minute kata omputih.

Bila tak berjaya membuat bayaran mulalah merungut atau marah dengan mengatakan anggota bertugas lembab, sistem slow dsbnya. Memanglah sistem jadi slow.. seluruh negara dok asak.. mahu ' HANG ' sistem berkenaan, tak sempat nak baca data. Kepada yang tak puas hati mengatakan sistem berkenaan slow, minta kerajaan upgrading/tingkatkan kelajuan sistem kepada 1Gb/s atau 10 Gb/s.

Tak lama lagi pun ada pesta berurusan waktu akhir iaitu Pembayaran Cukai Pendapatan. Sekarang ini zaman cyber.. nak check saman guna HP pun bolih lebih-lebih lagi melalui IT, facebook bolih jenguk siang & malam tetapi nak check saman jadi payah le pulak. Untuk kemudahan bab saman ekor olih PDRM, saya cadangkan pengunjung blog mencupu register/daftar dengan http://www.myeg.com.my/ setiap bulan akan terima email status saman dan pelbagai perkhidmatan yang terdapat di web berkenaan.

Bab waktu akhir ini ibarat pergi majlis perkahwinan, ada rezeki tuan rumah bekalkan lauk pauk sebab banyak berlebih, kalau nasib kurang baik.. erm lauk tinggal kuah ajelah.

Perkara Pelik?

Masyarakat kita umumnya amat menggemari perkara yang pelik2, kat akhbar Kosmo semalam kisah pokok petai. Apabila dah keluar kat akhbar, InsyaAllah akan semakin ramailah pengunjung/pelawat ke lokasi tersebut.

Semasa jalan daripada Jerantut ke Jengka baru siap, air yang keluar daripada sesalur bukit yang di simen telah menjadi tumpuan orang ramai, kononnya air di lokasi tersebut bolih menyembuhkan penyakit. Alhamdulillah sekarang ini dah berkurangan. Sebenarnya banyak lokasi lain yang menjadi tumpuan orang ramai yang mendefinasikan sebagai Air Mineral. Tuan/puan bolih ketemu individu yang membawa bekas air dalam kuantiti yang banyak, contohnya Jalan Simpang Pulai, Perak ke Cameron Highlands.

Sukacita ingin saya kongsikan kisah benar yang berlaku di Felda Sungai Koyan, Raub, Pahang. Tersebar berita mengatakan air keluar daripada pokok kelapa, baunya seperti air kelapa. Maklumlah bab perkara pelik memang cepat akan tersebar dan peminat pun ramai, erm pakat berbaris untuk mendapatkan air tersebut. Ada individu yang menyiasat perkara tersebut, maka terjumpalah punca sebenar bagaimana air tersebut keluar daripada pokok kelapa tersebut, iaitu paip air yang bocor. Selepas paip air tersebut dibaiki maka keringlah air yang dikatakan keluar dari pokok kelapa. Wallahu A'lam.