Masyarakat kita umumnya amat menggemari perkara yang pelik2, kat akhbar Kosmo semalam kisah pokok petai. Apabila dah keluar kat akhbar, InsyaAllah akan semakin ramailah pengunjung/pelawat ke lokasi tersebut.
Semasa jalan daripada Jerantut ke Jengka baru siap, air yang keluar daripada sesalur bukit yang di simen telah menjadi tumpuan orang ramai, kononnya air di lokasi tersebut bolih menyembuhkan penyakit. Alhamdulillah sekarang ini dah berkurangan. Sebenarnya banyak lokasi lain yang menjadi tumpuan orang ramai yang mendefinasikan sebagai Air Mineral. Tuan/puan bolih ketemu individu yang membawa bekas air dalam kuantiti yang banyak, contohnya Jalan Simpang Pulai, Perak ke Cameron Highlands.
Sukacita ingin saya kongsikan kisah benar yang berlaku di Felda Sungai Koyan, Raub, Pahang. Tersebar berita mengatakan air keluar daripada pokok kelapa, baunya seperti air kelapa. Maklumlah bab perkara pelik memang cepat akan tersebar dan peminat pun ramai, erm pakat berbaris untuk mendapatkan air tersebut. Ada individu yang menyiasat perkara tersebut, maka terjumpalah punca sebenar bagaimana air tersebut keluar daripada pokok kelapa tersebut, iaitu paip air yang bocor. Selepas paip air tersebut dibaiki maka keringlah air yang dikatakan keluar dari pokok kelapa. Wallahu A'lam.