Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Monday, January 11, 2010

Tariqat Ahmadiah & Ajaran Ahmadiah

Ada insan yang salah faham bila saya berbicara mengenai Tariqat Ahmadiah, beliau meminta saya berhati-hati dengan Ahmadiah disebabkan diwartakan sesat olih pihak kerajaan. Sila rujuk blog JAKIM. Ajaran Ahmadiah beliau kata berasal daripada India, apa yang saya faham sebenarnya Ahmadiah tersebut adalah Ajaran Qadiani (Ahmadiah/Qadiani) tuan/puan bolih rujuk http://serupasekala.blogspot.com, penerangan olih TGHH berhubung ajaran ini.

Tariqat Ahmadiah dengan Ajaran Ahmadiah amat jauh berbeza. Tuan/Puan bolih rujuk link Tariqat Ahmadiah yang ada di blog saya.