" Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya " (Surah Al-Ahzab : 56)
Rasulullah s.a.w bersada:
" Katakanlah olih kalian: Allaahumma shalli 'alaa Muhammad ".
Marilah kita memperbanyakkan Selawat ke atas Rasul tercinta Muhammad s.a.w dengan pelbagai jenis selawat seperti Selawat Al-Fatih, Thibbil Qulub, Munjiyat, Kamaliyah, Nariyah, Nurl Qalbi, As-Siqafiyah, Sayyid Ahmad Al-Badawi (Dibaca olih Bilal sebelum Azan) dll.
Alhamdulillah, selepas menunaikan Solat Maghrib.. malam tadi, saya mengajak para jemaah untuk berselawat kepada Baginda tercinta Nabi Muhammad s.a.w
Semuga kita sekelian diperakukan sebagai Ummat Baginda.
Saya mengajak diri saya, keluarga dan pengunjung blog, perbanyakkanlah Selawat ke atas Nabi Muhammad bukan sekadar di Sambutan Maulidur Rasul atau bulan Maulid, tetapi Istiqamah lah sehingga ketika kembali kepada Allah. Ajarlah & berilah peringatan kepada Ahli Keluarga kita, belilah buku mengenai selawat untuk menambah pengetahuan mengenai selawat.