Saya bersama family, abang ipar dan rakan anak lelaki saya dalam perjalanan ke Kg. Jeneris, Kuala Berang untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak saudara dari Pekan, Pahang. Kami ini rombongan sebelah lelaki. Dalam perjalanan ke distinasi pasti akan menempuh lokasi ni.Pastinya ambil kesempatan untuk isterehat dan mengunjungi santuari gajah.
Terdapat 2 ekor Gajah, yang besar berusia 10 tahun dan yang kecil 3 tahun. Kami diberi peluang untuk bergambar dengan Gajah dan memberi makan. Memang ramai pelancung yang mengunjungi tempat ini. Cuma, diharapkan pihak yang berkenaan dapat menambah sedikit lagi kemudahan untuk pelancung iaitu Gerai Makanan dan Cenderahati.
Sungguhpun penyeliaan Gajah-Gajah ini ada penajanya, tetapi bayaran yang berpatutan eloklah dikenakan untuk membantu pembiayaan makanan untuk Gajah. Dimaklumkan terdapat 51 ekor Gajah liar dikawasan seliaan seluas belasan ribu hektar.
Kepada pengguna yang menggunakan jalan Gua Musang - Kuala Berang, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat ini.