Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, October 22, 2010

Melemahkan MG semasa merawat

Terdapat pelbagai kaedah merawat untuk melemahkan MG, antara kaedah yang saya sering gunakan adalah teknik yang diajar olih Ustaz Tarmizy (Rawang). Semasa merawat baru-baru ini saya telah menggunakan kaedah yang dipelajari daripada Ustaz Wan Asrul Tiaf iaitu 7 Salamun & saya tambah 1 ayat daripada Surah Ath-Thaariq. Ayat berapa? Erm nasihat saya, sila buka Tafsir Al-Quran, kepada yang faham bahasa Arab terus bolih tahu ayat mana. Kaedah 7 Salamun eloklah tuan/puan dapatkan daripada Ustaz Wan Asrul dengan mengikuti kursus yang beliau kendalikan, amat banyak kegunaan 7 Salamun.

Tuan/Puan juga bolih gunakan ayat daripada Surah Ath-Thaariq. Bagaimana caranya? Ruqyah Air pastu diberi minum sebelum merawat, berdoa kepada Allah agar MG dalam jasad pesakit itu menjadi lemah ataupun ketika sedang merawat tu tepuk kat bahagian belakang. Kaedah ini saya belajar ketika remaja lagi daripada Guru yang saya amat sayangi iaitu Tuan Haji Sulaiman Bin Yahya di Kg. Pulau Meranti, Beruas, Perak.

Bertawasul sebelum merawat

Bertawasul sebelum merawat InsyaAllah akan peroleh keberkatan dan di permudahkan Allah urusan merawat. Saya lebih merujuk perkara ini kepada adab sebelum merawat. Kepada perawat yang baru menceburi bidang rawatan tuan/puan bolih cuba melakukan kaedah ini. Terasa tenang untuk merawat setelah kita menghadiahkan bacaan Al-Fatehah kepada Rasulullah S.A.W, Malaikat 4, Khulafa Ar-Rosyidin dsbnya.. khusus kepada Guru-Guru yang kita pelajari keilmuan yang bermunafaat daripada mereka, tidak lupa kepada kedua ibu/bapa kita seterusnya diri sendiri. Wallahu A'lam.