"Wahai anak Adam, wahai mayat..! Bukankah kamu membawa cahaya ditempat yang gelap ini?".
Maknanya, kalau kamu mati , didalam kubur itu gelap gelita, kalau begitu berikhtiarlah supaya kubur kita terang. Waktu Rasulullah SAW di Madinah, masjidnya itu tidak ada lampu. Jadi, siapa yang rajin sembahyang maghrib, bawalah lampu. yang rajin cuma 5-6 orang sahaja.
Suatu hari Rasulullah bersabda: "Wahai sahabta-sahabatku sekalian, Siapa yang menerangi rumah Allah (Siapa yang menerangi rumah ibadat) InsyaAllah teranglah kuburnya ". Kemudian, semua orang bawa lampu.
Sekarang ini kalau kita bawa lampu ke rumah ibadat pasti akan diketawakan, tetapi peluang tetap ada, bagaimana caranya? Masing-masing ada kampung, bila balik bercuti, jumpalah setiausaha atau AJK masjid atau surau, kita bayar bil elektrik masjid atau surau tersebut.
Mungkin tuan/puan lambat lagi mati, tetapi ibubapa sudah pun mati, cerahkanlah kubur mereka dengan cara bayar bil elektrik dan niatkan pahala kepada ibubapa tuan/puan, InsyaAllah kubur mereka pasti terang.
Wallahu 'Aklam.
Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira
Saturday, August 29, 2009
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 52
Alhamdulillah, pada hari Isnin 31/8/2009 genaplah 52 tahun Kemerdekaan negara yang kita sayangi dan bangga. Sambutan kemerdekaan ke 52 ini berada di dalam Bulan yang penuh Keberkatan. Semuga rakyat Malaysia yang beragama Islam akan mengambil kesempatan berdoa kepada Allah agar negara kita berolih keberkatan, aman dan makmur.
Di Kuala Lipis, sambutan kemerdekaan akan berlangsung di Dewan Jubli Perak. Ini merupakan kali ke 2 majlis berkenaan dilangsungkan di dewan tersebut. Bagi kali pertama, amatlah menyedihkan. Bukanlah disebabkan faktur seperti hujan atau bencana tetapi Padang MDL telah
dikhususkan untuk Majlis Perkahwinan Siti Nurhaliza. Pada hari berkenaan Padang tersebut k0song sahaja, tidak digunakanpun.
Dalam Hadith mengatakan " Cintakan Tanah Air Sebahagian daripada Iman " malangnya masih ada insan yang kasihkan Artis melebihi negara. Kemerdekaan adalah milik semua rakyat, bukan golongan/kumpulan/individu tertentu. Negara kita cukup hebat sebab bila merdeka hilang nama asal. daripada Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia.
Saya masih teringat luahan hati seorang Dramatis Terkenal (KS) katanya " Apalah erti kemerdekaan apabila kita hilang tanah air ".
Subscribe to:
Posts (Atom)