"Wahai anak Adam, wahai mayat..! Bukankah kamu membawa cahaya ditempat yang gelap ini?".
Maknanya, kalau kamu mati , didalam kubur itu gelap gelita, kalau begitu berikhtiarlah supaya kubur kita terang. Waktu Rasulullah SAW di Madinah, masjidnya itu tidak ada lampu. Jadi, siapa yang rajin sembahyang maghrib, bawalah lampu. yang rajin cuma 5-6 orang sahaja.
Suatu hari Rasulullah bersabda: "Wahai sahabta-sahabatku sekalian, Siapa yang menerangi rumah Allah (Siapa yang menerangi rumah ibadat) InsyaAllah teranglah kuburnya ". Kemudian, semua orang bawa lampu.
Sekarang ini kalau kita bawa lampu ke rumah ibadat pasti akan diketawakan, tetapi peluang tetap ada, bagaimana caranya? Masing-masing ada kampung, bila balik bercuti, jumpalah setiausaha atau AJK masjid atau surau, kita bayar bil elektrik masjid atau surau tersebut.
Mungkin tuan/puan lambat lagi mati, tetapi ibubapa sudah pun mati, cerahkanlah kubur mereka dengan cara bayar bil elektrik dan niatkan pahala kepada ibubapa tuan/puan, InsyaAllah kubur mereka pasti terang.
Wallahu 'Aklam.