Seorang rakan yang membaca kisah mengundang histeria di blog mencupu telah memaklumkan kepada saya, berdasarkan pengalaman beliau semasa bersekolah dahulu di sebuah sekolah daerah Bxxxx, akibat mencabar ini telah mengundang Histeria di Sekolah. Seorang pelajar telah mencabar Jin dengan mengatakan beliau tidak takut kepada Jin, akhirnya beliau sendiri menjadi mangsa dengan bertindak aggresif memecahkan 23 keping cermin tingkap.
Dalam kes aggresif, yang kerasukan sering memecahkan tingkap, apabila memecahkan tingkap, lazimnya tangan akan terluka, maka yang kerasukan ini akan menjilat darah tersebut. Kenapa berlaku sedemikian? Saya tak mampu menjawap persoalan ini disebabkan kecetekan keilmuan, biarlah mereka yanga arif sahaja yang menjawapnya.
Wallahu A'lam.