Media kat Malaysia memang saya dah bolih agak seperti berita bermusim contohnya kisah buang bayi maka semua media fokus kepada perkara yang sama, kini kisah kemalangan bas pula dan terkini berlaku di jalan Bentong - Raub.
Tuan/Puan pernah tak melalui jalan ini yang terkenal dengan nama " Laluan Berkuda ", apa maksud sebenar dinamakan sebegitu? Jalan itu sebenarnya tidak rata atau " Bumping ". Banyak kemalangan maut yang dah berlaku kat jalan tu. Memanglah jalan tu banyak yang lurus, contohnya kat kawasan R&R Lurah Bilut, malangnya tidak rata ditambah pula dengan lubang dan tampalan lubang.
Untuk makluman tuan/puan, jalan tersebut dari asal lagi dah camtu, semasa jalan tersebut belum di "TAR" atau premix memang begitu. Saya pernah melalui jalan tersebut semasa jalan tersebut masih belum siap pembikinan lagi iaitu daripada Raub ke Lurah Bilut.
Sebelum ini saya dah cerita mengenai bas express, bila konvoi berderet-deret seperti berlumba dah.., tak percaya? Datang tenguk sendirilah. Yang saya dok hairan tu, jarang pula saya dengar orang kena saman ekor kat jalan tersebut, dulu memanglah ada dok menyorok kat pokok kelapa sawit2 atau semak di 2 atau 3 tempat, lokasi yang diminati di belakang poko kelapa sawit berhampiran tanah perkuburan Islam, Lurah Bilut. Selepas ini mungkin ada kot perangkap laju, sebaiknya dilakukan diwaktu malam hehehe, jadinya kena guna jalan alternatif iaitu jalan lama melalui Tras, Tranum, Sg. Chitang, Sang Lee dan Sg. Penjuring, tetapi kena ingat juga sebelum Tras kat kawasan Kebun Getah selalu ada yang menunggu dengan bendera merah ditangan hehehe.
Kepada tuan/puan yang memandu melalui jalan ini berhati-hatilah, biar lambat asal diri kita dan keluarga selamat. Kalau letih berehat dulu, ada banyak tempat persinggahan di laluan tersebut.