Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Tuesday, September 8, 2009

Doa sebelum dan selepas membaca Al-Quran

Doa Ketika Mula Membaca Al-Quran

Ya Tuhanku pancarkanlah cahaya kitabMU dalam pandanganku, lapangkanlah dadaku, amalkanlah dengannya badanku, lancarkanlah dengannya lidahku, kuatkanlah dengannya ingatanku, mudahkanlah dengannya kefahamanku, kuatkanlah dengannya azamku dengan daya dan kekuatan Engkau, maka sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan izin ENGKAU wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.

Doa Selesai Membaca Al-Quran

Maka benarlah Allah Yang Maha Agung dan telah menyampaikan oleh RasulNYA Nabi yang mulia, dan Al-Quran ini diturunkan dari Tuhan sekelian alam. Wahai Tuhan kami, kami telah beriman dengan apa yang diturunkan dan kami menuruti Rasul, maka masukkanlah kami bersama-sama orang yang menyaksikan. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Sila rujuk Muqaddam Uthmani (Bertajwid) Ustaz Mahadi Dahlan/Ustaz Mohd. Ilham Haji Ikhsan. (Pustaka Haji Abdul Majid, Taman Ehsan, Kepong)