Lokasi Air Panas ini adalah di Jalan Bentong Lama ke Bukit Tinggi. Dari arah Bandar Bentong tuan/puan akan dapat panduan ke lokasi ini melalui signboard. Andainya tuan/puan dari arah Kuala Lumpur (Lebuhraya Karak) tuan/puan perlu 'exit' di persimpangan sebelah kiri Bukit Tinggi, belok ke kanan, ikut jalan melalui Stesen Minyak BP, jumpa persimpangan, belok arah kiri. Di hari minggu insyaAllah agak ramai pelancong yang datang, kalau di waktu petang memang telah menjadi tempat persinggahan pemandu-pemandu lori atau trailer yang menggunakan jalan ini. Kalau nak rasa air lebih panas, tuan/puan mandi dikawasan kolam semulajadi, iaitu sumber utama air panas tersebut. Jangan risau taknye melecur kulit tuan/puan. Untuk kanak-kanak, memang ada kolam yang disediakan untuk mereka. Nak selesa, bawalah bekalan makanan, untuk makanan dan minuman ringan memang ada insan yang berniaga kat situ.