Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Tuesday, September 15, 2009

Mujahadah

Kesucian hati tidak akan tercapai melainkan dengan perlaksanaan 2 perkara penting iaitu Mujahadah & Wirid Thoriqat.

Mujahadah ialah melawan godaan hawa nafsu iaitu belajar mengasuh nafsu diri sendiri dengan cara beransur-ansur supaya kita dapat menguasainya. Hendaklah kita faham bahawa nafsu itu menjadi talibarut bagi syaitan. Justeru itu adalah menjadi kewajipan kita untuk belajar mengenali bahawa nafsu kita sekarang adakah ia sedang dihasut oleh syaitan atau sebaliknya. Inilah yang penting dan amat perlu kita mengenalnya. Selepas itu hendaklah kita mujadahkan ia dan kita lawan ia. Firman Allah " Mereka yang bermujahadah pada jalan kami (ALLAH) nescaya kami beri pertunjuk kepada mereka jalan-jalan kami ."

Contoh mujahadah,

Menurut kebiasaan nafsu perut kita bersetuju kepada makanan yang sedap-sedap dan lazat. Makanan yang lazat itu menyebabkan kita makan dengan begitu banyak hingga menyebabkan kita menjadi malas untuk beribadat, maka kita mujahadahkan ia dan melawan ia dengan cara makan jangan sampai melampaui batas yang menyebabkan kita malas untuk beribadat. Hendaklah kita ajarkan ia supaya ia tunduk kepada kemahuan diri kita dengan memakan sedikti kadar yang menyedapkan kita dan merajinkan kita mengerjakan ibadat.

Wallahu 'aklam.