Alhamdulillah, semalam ada jiran warga Pakistan datang ziarah kerumah, beliau baru sahaja kembali ke Malaysia setelah pulang ke kampung halaman beliau. Beliau bersyukur kepada Allah disebabkan kampung halaman beliau tidak terlibat dengan banjir besar yang mengorbankan mangsa hampir 17,000 orang.
Keadaan hidup rakyat di Pakistan amat susah disebabkan inflasi, iaitu harga barang amat mahal. 1 Kg gula harganya 100 Rupee bersamaan RM6.00, gaji untuk sehari hanya mampu beli 1 kg gula sahaja belum lagi barangan lain. Denagn riak wajah yang sedih beliau mengatakan akan ramai rakyat miskin di negara beliau yang akan mati kerana kelaparan.
Lebih malang lagi adalah pergaduhan puak/kumpulan, bukan lagi diantara puak Syiah dengan Sunni tetapi berlaku kepada puak Sunni sendiri. Semuanya adalah angkara zionis yang merancang secara halus untuk menghancurkan Umat Islam di Pakistan.
Semuga Allah kurniakan kesejahteraan, kedamaian dan diturunkan rahmat kepada rakyat negara2 Islam yang ditindas olih golongan zionis dan kuncu2 mereka.
Apa yang menarik apabila mereka menziari saya adalah, akan meminta saya membacakan doa untuk mereka.
Apa yang menarik apabila mereka menziari saya adalah, akan meminta saya membacakan doa untuk mereka.