1. Solat Juma'at.
Dulu.
Ke masjid dengan menaiki basikal atau berjalan kaki. Jarak masjid dengan rumah melebihi 5km, sampai ke masjid berpeluh-peluh, sebab itu orang dulu2 bila berwuduk akan membasuh dibahagian tengkuk. Alhamdulillah, mereka sampai awal ke masjid sebelum Bilal melaungkan Azan yang pertama.
Sekarang.
Ke masjid dengan kenderaan motorsikal atau kereta. Jarak tak sampai 3 km, namun sampai ke masjid ketika Khatib membaca khutbah yang kedua.
Yang tak berubah dulu & sekarang.
Melepak kat luar Masjid semasa khatib membaca atau berkhutbah.
Yang tak berubah dulu & sekarang.
Melepak kat luar Masjid semasa khatib membaca atau berkhutbah.
2. Malam Hari Raya.
Dulu.
Selepas menunaikan solat Isya' secara berjemaah di surau atau masjid, akan melakukan amalan Takbir kerumah-rumah jemaah atau penduduk kampung. Setiap rumah sibuk menyiapkan juadah untuk hidangan kepada tetamu yang datang bertakbir raya kerumah mereka. Duit syiling di sediakan untuk anak-anak yang turut serta. 10 sen atau 20 sen sudah memadaik Acara tersebut akan berakhir waktu subuh, dengan berkumpul semula di Surau atau masjid. Pergi dari rumah ke rumah dengan berjalan kaki, ada yang menaiki sampan. Hanya menggunakan lampu minyak tanah atau torchlight.
Sekarang.
Selepas menunaikan solat Isya' secara berjemaah akan pulang kerumah masing-masing, acara mungkin berbual sesama ahli keluarga atau menonton TV. Yang berduit akan bersama anak cucu bermain bunga api atau mercun. Yang muda2 sibuk dengan komputer atau handphone, check email, chat dsbnya. Ada pula ambil kesempatan merempit atau lepak2 bersama kawan2 kat lokasi tertentu.
3. Menziarahi Pusara.
Dulu.
Setiap minggu sebelum atau selepas solat Juma'at.
Sekarang.
Setahun 2 kali iaitu Hari Raya Eidul Fitri atau Eidul Adha ataupun keesokan hari Majlis Tahlil (Khenduri Arwah).