Semasa aktiviti ziarah hari raya qurban yang baru berlalu, sahabat saya menceritakan bahwa, kawan beliau datang daripada Bentong, Pahang ke rumah beliau untuk mencari Cucu Datuk Mat Kilau yang khabarnya seorang Bomoh yang terkenal menetap di Kuala Lipis. Tujuan beliau adalah untuk mendapatkan rawatan permasalahan isteri beliau. Telah pun berjumpa dengan bomoh2 namun masih belum sembuh. Saya pun bertanya kepada sahabat saya apakah masalahnya? Masalah isteri kawannya kononnya terkena sihir, tidak bolih menunaikan Solat atau ibadat lain. Kawan beliau pernah melakukan kaedah bacaan Yasin secara berjemaah dirumahnya, isteri beliau menjadi marah dan mempersendakan mereka yang membaca Yasin dan akhirnya mengurungkan diri di dalam bilik.
Saya menambah soalan lagi, hehehe.. " Mereka tak cuba ikhtiar kat Darul Syifa' Bentong atau lain-lain Perawat Rawatan Islam? ." Jawapan standard di beri olih kawan beliau " Bukan tak nak pergi tetapi isteri beliau yang tak nak ". Hehehe... apalah punya samdol! Saya pun cakap kat sahabat saya " Dah dia tak nak pergi, ajaklah perawat datang ke rumah. "
Teringat kisah yang lalu, saya bersama sahabat merawat seorang makcik, nak menyebut Allah pun tak bolih, apabila cuba nak membaca ayat Al-Quran, bibir beliau menjadi bengkak.