Pelajar2 yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun sudah mula sibuk dengan kelas tambahan , kecemerlangan dsbnya. Anak saya telah menghadiri kelas bahasa Arab disebuah sekolah lain pada hari sabtu yang lalu, setiap pelajar dikenakan bayaran untuk makan berjumlah RM8.00
Anak saya menceritakan, makanan yang disediakan untuk sarapan pagi adalah ayam masak khurma, ulam timun bersama sambal. Apa yang menyedihkan, kawannya hanya dapat lauk kaki ayam sahaja. Kenapa sanggup pihak yang menyediakan/membekalkan makanan sebegitu kepada pelajar? Mereka bayar, bukannya percuma.