Saya telah menghantar kenderaan untuk penukaran talisawat (Timing Belt) di Pusat Service Proton Edar, sebelum ini saya telah membuat 2 pertukaran, yang pertama hanya bertahan 2 bulan sahaja apabila belt seperti mengeluarkan bunyi bising, untuk kali yang kedua pula bertahan hampir setahun. Namun saya nampak perbezaan yang ketara. Perbelanjaan menukar talisawat di Pusat Service Proton Edar memang mahal, kalau di kedai biasa.. upah tersebut adalah mencukupi untuk harga talisawat dan upah, tetapi kualiti talisawat dan kerja amat rendah. Apa yang saya faham, walaupun perbelanjaan agak mahal tetapi mutu kerja/qualiti amat memuaskan, termasuk berolih jaminan. Setahun yang lalu saya juga membuat penukaran clutch, namun selepas dilakukan pertukaran, amat mengecewakan.., seperti longgar sahaja. Kelmarin saya minta mekanik Pusat Service Proton Edar membaiki kerosakan tersebut, upah hanya dikenakan RM15 sahaja, masalah pun selesai.
Sebelum ini saya memang melakukan "service kenderaan" hampir 4 tahun disitu, namun untuk service biasa saya telah bertukar ke kedai biasa. Kalau servicing di kedai biasa, cost +- RM100, kat Pusat Service Proton Edar.. upah sahaja hampir RM30. Untuk masalah besar, saya perlu kembali ke Pusat Service Proton Edar.