Saya amat tertarik dengan cerita sahabat saya bahawa anak saudara beliau yang menuntut di sebuah Kolej Pengajian Islam memaklumkan kepada beliau bahawa mereka telah diajar keilmuan rawatan perubatan Islam. Anak saudara beliau memaklumkan bahawa kisah yang dipaparkan di TV tidak benar dan perawat tersebut telah menipu penonton, kata beliau dalam kes merawat mereka memerlukan ramai orang untuk memegang pesakit yang kerasukan sedangkan yang dipaparkan di TV adalah sebaliknya.
Saya memaklumkan kepada beliau, perawat baru biasalah sering teruja, ada yang merasakan keilmuan mereka sahaja yang benar dan yang lain itu penipu belaka. Mereka perlu faham, kaedah rawatan itu banyak termasuk keilmuan perawat itu sendiri. Beliau hanya mendiamkan diri, mungkin tidak bersetuju dengan pendapat saya. Nak buat camno " Wrong Channel " hehehe. Saya tidak menafikan adakalanya saya sendiri tidak menyukai akan kaedah rawatan tersebut seperti yang saya lihat di Astro Oasis kelmarin, perawat memegang tubuh pesakit berhampiran dengan bahagian sensitif wanita. Alhamdulillah, saya masih ingat pesan Guru saya supaya berhati-hati agar tidak mencemarkan nama baik rawatan Islam dan mengundang fitnah. Wallahu A'lam.