Sukacita saya ingin berkongsi cerita mengenai tajuk di atas. Bacaan Yasin 7 Mubin amat bermanafaat kepada sesiapa yang melakukan amalan tersebut. Lebih aula dilakukan Solat hajat terlebih dahulu sebelum pembacaan Y7M.
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lipis melalui Jalan Jerantut-Benta setelah menghadiri Seminar Rawatan Islam olih Ustaz Sarhan di Kuantan, semasa berada di kawasan Kenong, kaki kiri saya terasa amat berat seperti ada benda yang melilit kaki saya. Lokasi ini memang kuat gangguannya lebih lagi kalau memandu bersaorangan di waktu tengah malam. Antara gangguan tersebut kenderaan tiba-tiba sahaja injin akan mati, bila subuh kenderaan akan dapat dihidupkan tanpa masalah. Kalau nak bermotosikal selain injin mati secara tiba-tiba, terasa berat seperti ada yang menumpang dibelakang, adakalanya kepala terasa seperti diketuk, ramai yang dah terkena gangguan tersebut.
Saya singgah sebentar di pekan Benta untuk membeli kuih-muih (Pasar Malam). Terasa amat berat kaki kiri saya apabila melangkah keluar daripada kereta, maka saya pun menggunakan kaedah tarik dan buang. Alhamdulillah kaki terasa ringan sedikit tetapi masih ada rasa seperti benda melilit dikaki.
Selepas menunaikan Solat Maghrib di rumah, saya gunakan kaedah spray dan memukul dengan sejadah kecil, namun masih terasa lilitan tersebut. Saya mengambil keputusan membaca Y7M, Alhamdulillah, gangguan seperti benda melilit dikaki terus hilang. Besar ke benda yang melilit?
Rasanya adalah sebesar betis, melilit dari atas buku lali hingga bawah lutut.
Wallahu 'Aklam.