Setelah tamat seminar, kami kerumah sahabat perawat tempat kami bermalam, menunaikan Solat Jamak & Qasar. Kebetulan dua orang sahabat kami menghadapi masalah, seorang melibatkan isteri beliau dirumah yang tidak mampu untuk bangun akibat gangguan, maka diusahakan olih perawat termuda kami, Alhamdulillah isteri beliau yang berada di Selangor telah dapat bangun untuk menunaikan Solat.
Perawat senior pula, merawat sahabat yang dari Kuantan yang kami sedia maklum, memang bermasalah. Amat mencabar, diperlekh habis perawat dan siap ugut saya sekali nak masuk dalam badan saya pula, erm memang terasa sejuk badan selepas makhluk berkata begitu (saya rujuk Guru, beliau maklumkan Makhluk tersebut memang dah sentuh saya). Dari keilmuan saya makhluk yang mengganggu adalah spesis Jin Ifrit. Akhir rawatan saya tak pasti adalah makhluk tersebut benar-benar keluar dari jasad sahabat saya yang mungkin lokasinya di jantung beliau. Kalau makhluk duduk kat jantung, jangan ambil mudah nak Zass, cukup bahaya akan beri effect pada pesakit.
Untuk makluman tuan/puan, merawat Jin Ifrit ini memang agak payah, kena guna kaedah tertinggi, guna kaedah biasa, perawat yang akan kena balik dengan serangan makhluk tersebut.
Jin ini adalah Boss, banyak anak buah dia, pastu dia ada senjata lagi, silap gaya kena libas.
Kalau tuan/puan perawat kena attack, pesan guru saya kaedah terbaik adalah Solat Tahajjud, Solat Hajat dan Bacaan Yasin 7 Mubin. Memang ada kaedah lain, tetapi untuk umum gunalah kaedah ini. InsyaAllah selepas ini saya akan kongsi cerita mengenai rakan saya yang mungkin disihir menggunakan kaedah Yasin 7 Mubin yang saya ajar kepada beliau.
Wallahu 'Aklam.