Alhamdulillah, diizinkan Allah saya dapat menghadiri seminar yang diadakan di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu. Ramai perserta yang hadir menjangkau 100 orang. Cukup seronok dapat menyertai seminar tersebut.
Pada pagi hari tersebut, solat subuh di Masjid Negeri, pastu ikuti Kuliah Subuh yang membicarakan bab hijrah.
Intipati seminar adalah mengajar kaedah untuk kita membersihkan hati, mendekatkan diri dengan Allah dan berolih redhonya. Lakukanlah Zikir, Selawat & Ightifar secara istiqamah.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di Wakaf Che Yeh, cukup ramai pengunjung. Sekejap sahaja kat situ, belilah sedikit ole-ole untuk anak-anak. Cuma pesanan untuk tuan/puan yang beli produk makanan berhati-hatilah, walaupun penjualnya adalah orang islam tetap kena berhati-hati. Saya sendiri dah terkena, bila check kandungan/ramuan/bahan didapati ada E110.
Ramai dok perhati E471-473 tetapi terlupa yang awal. Beli pula waktu malam, tulisannya kecil.