Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Thursday, December 31, 2009

Updated Blog

Dah lama tak updated blog, disebabkan talian telefon kat rumah rosak, biasalah bab kes mencuri kabel TM. Rasanya dah banyak kali berlaku, kerosakan sebelum ini saya yang dapat kesan, ketika pulang daripada bertugas saya dapati kabel tersebut tiada, buat aduan kepada rakan, ingatkan 1 tempat yang kena rupanya 3 tempat serentak dilokasi yang berlainan. Baru petang semalam talian tersebut dibaik pulih.

Sebenarnya banyak perkara yang hendak dikongsi dalam blog saya. Mengenai Logistics Management tu minta maaflah sebab dalam BI. itu adalah maklumat study saya yang di beri olih Pensyarah. Elok sangat dikongsi, sebab ramai yang tak faham bab Logistics, sebut aje Logistics pasti keluar cerita " Oh.. Kisah Lori le tu.."