Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, January 1, 2010

Kisah 2 Y7M

Rakan sekerja saya mempunyai masalah gangguan, mungkin sihir. Alhamdulillah beliau telah mendapatkan rawatan daripada perawat yang berpengalaman di kawasan Timur. Malangnya gangguan terus berlaku, beliau mengambil keputusan bertukar tempat kerja daripada Negeri Pahang ke Negeri kelahiran beliau Kelantan Darul Naim dengan sangkaan gangguan akan berkurangan dan dapat dimusnahkan.

Masalah utama sebelum ini adalah, suami beliau tidak mempercayai gangguan pada beliau, untuk menyelesaikan masalah gangguan tersebut beliau mengunjungi perawat tanpa pengetahun suami beliau. Ditakdirkan Allah, semasa saya bertugas di Kuantan, rakan baik beliau minta saya scan beliau, apa yang saya faham dengan keilmuan yang masih sedikit bab rawatan, gangguan beliau memang teruk. Beliau minta jasabaik saya memaklumkan kepada suaminya disebabkan kami rakan setugas. Alhamdulillah, suaminya terbuka hati setelah mendengar penjelasan daripada saya.

Saya banyak mengajar beliau mengenai kaedah benteng diri daripada sihir. Makin kuat gangguan yang beliau terima, baru-baru ini beliau hampir seminggu tidak dapat tidur diwaktu malam, sering kerasukan. Beliau mengadu kepada saya melalui email dan minta nasihat. Akhirnya saya mencadangkan kepada beliau agar melakukan bacaan Y7M. Selepas habis sahaja bacaan Y7M, beliau kerasukan semula, Sxxxxx menangis-nangis minta ampun kepada beliau dan kadangkala berkeadaan seperti nazak (Diceritakan olih suami beliau). Bila beliau sedar kembali, terasa sesuatu keluar melalui jari-jari tangan. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa gangguan mungkin masih ada tetapi tak tahu sebanyak mana, saya nasihatkan kepada beliau agar terus melakukan bacaan Y7M. Semuga beliau dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.
Aamiiiin.

Wallahu 'Aklam.