Dibulan ramadhan yang lalu, ketika sedang lenok (asyik/leka) membaca akhbar, saya dipanggil untuk melihat seorang makcik yang tidak sedar walaupun dibangunkan dari tempat pembaringan, di sapu/lap air di muka dan badan masih tetap tidur. Menantu dan anak saudara dah jadi cemas, kebetulan suami beliau pula ada urusan diluar. Maka saya mengajak isteri kerumah tersebut, dekat sahaja rumah tu.
Setiba dirumah tersebut saya lihat, anak saudara, menantu dan jiran cuba menyedarkan beliau dari tidur. Maka spray air ruqyah kat ubun2, masih tetap tidur, kemudian langkah kedua saya hidukan atar kasturi hitam kat hidung masih tetap sama, termenung sekejap, nak ikhtiar bagaimana lagi? maka saya teringat doa Arasy (saya istiqamah doa ini, iaitu saya baca setiap lepas solat fardhu), sebut Allahu Akbar.. terus tiup kat ubun2, diizinkan Allah.., terus bangun Makcik ini.., dan bertanya kepada menantu dan anak saudaranya, "kenapa dengan aku ini?". Saya diberitahu Makcik ini tidur sebentar untuk menunggu waktu solat asar.
Bila lama tak merawat camnilah jadinya. Bukan tak sudi nak merawat, saya merawat keluarga terdekat dan yang datang rumah secara mengejut. Sebelum ini pun ada 1 kes, gatal dan bengkak seluruh anggota badan, saya bantu merawat menggunakan Garam dan rukyah air untuk minuman, dizinkan Allah, alhamdulillah sembuh.
Sebenarnya banyak kes berat2, saya transfer kepada sahabat yang lebih arif bab rawatan. Sekarang ini saya fokus untuk bimbing anak lelaki saya dan rakan-rakan yang berminat. Wallahu A'lam.