Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Sunday, September 6, 2009

Doa Sebelum Solat

Allahyarham Cikgu Abd. Wahab mengajar kepada saya untuk membaca doa ini sebelum menunaikan Solat. Sebaiknya selepas berta'awuz.

Terjemahan Doa tersebut seperti berikut:-
Surah Al-Mu'minuun ayat 97 dan 98, bermula pada ayat 97 (Robbi)

97. Dan katakanlah: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.

98. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."

Semuga memberi manafaat kepada tuan/puan, terlindung daripada gangguan syaitan ketika mengerjakan Solat. InssyaAllah..., Aamiiiin.