Ada suatu kejadian, seorang pemuda membawa semangkuk air dari seorang Kiyai yang ahli dalam merawat. Disebabkan terburu-buru, air tersebut telah tumpah. Betapa sedih dan bingungnya pemuda itu kerana air yang dibawanya telah diruqyah. Untuk kembali berjumpa dengan Kiyai, dia takut. Padahal, air yang telah diruqyah sangat diperlukan oleh pesakit dan sangat mengharapkan kedatangannya. darpada terus kebingungan, lantas pemuda tersebut mengambil air sungai menggantikan air yang tumpah tadi. Di hadapan pesakit beliau berkata dengan mantap " Bapa saudaraku, ini adalah air yang telah diruqyah oleh Kiyai, minumlah dengan membaca Bismillah dan berselawat " Dengan penuh keyakinan, pesakit pun minum air tersebut, tidak berapa lama kemudian sakit yang beliau hidapi/deritai telah beransur sembuh.
Kejadian tersebut tidak terlepas daripada ketentuan Allah, namun unsur keyakinan amat penting untuk kesembuhan.
Wallahu 'aklam.
Saya mencadangkan kepada Tuan/Puan untuk membeli Buku Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran dan Khasiatnya.