Kini kita telah berada di tahun baru Masehi 2011, terkejut juga semasa mendengar Khutbah Juma'at menceritakan kisah Azam di tahun 2011, sungguhpun ia berkisar mengenai cara menyambut dan persoalan ibadah, pada pendapat peribadi elok difokuskan agar kita sebagai Ummat Islam tidak terlalu mengagungkan Tahun Masehi disebabkan kita ada tahun sendiri. Kita masih lagi berada di dalam bulan Muharram, tarikh hari ini adalah 26 Muharram 1432 Hijrah.
Adakah tuan/puan tahu, dalam kalendar Hijrah, tahun dan bulan apa tuan/puan dilahirkan? Alhamdulillah, masyarakat Islam di negara kita masih memuliakan hari kebesaran Islam, kalau tidak ramai yang akan terlupa dengan Bulan Islam. Ajarlah kepada anak-anak bulan2 Islam, dan ceritakan kepada mereka tarikh lahir mengikut kalendar Hijrah. Bila anak2 kita lahir kedunia ada yang kita azan (lelaki) dan Iqamah (perempuan) malangnya setiap hari ulang-tahun kelahiran bukan kita berdoa kepada Allah, tetapi ganti dengan nyanyian dan tiupan lilin sambil bertepuk tangan disebabkan terikut-ikut dengan budaya lain.
Marilah kita menjadi insan yang termasuk di dalam golongan yang berbangga dengan tahun Islam.