Perawat akan menggunakan kaedah jurus pada situasi tertentu, khususnya melibatkan rawatan yang begitu mencabar. MG begitu degil atau mempunyai kelebihan tertentu. Apabila perawat menggunakan kaedah biasa, MG seperti mempermainkan perawat.
Sepertimana terdapat di blog perawat, semasa melakukan jurus memerlukan hembusan nafas yang keras. Sukacita saya ingin menambah sedikit tatacara jurus yang dilakukan bagi tujuan merawat. Nafas untuk jurus sebaiknya keluar melalui hidung dengan hembusan yang kuat, nafas tersebut sebaiknya dari bahagian bawah perut ataupun 2 jari dibawah pusat. Wallahu A'lam.