Saya tertarik dengan cerita diblog olih seorang perawat hebat yang telah berguru dengan ramai Guru2 dan beliau juga dari keturunan yang mulia. Wallahu A'lam. Beliau menceritakan kisah beliau merawat pesakit yang telah ramai dirawat olih perawat AKRINE. Ayat "power" dari cerita beliau adalah mengenai kata ibu pesakit iaitu kaedah merawat yang sama iaitu berbual dengan kaki.
Kenapa perawat yang tak berapa pandai seperti saya ini menggunakan kaedah tersebut? Kaedah tersebut bukannya 100% perfect, ianya sekadar menganalisa sahaja untuk penyelesaian masalah. Contohnya kita tanya MG samada SAKA, SIHIR dsbnya. pastu minta berkumpul untuk diikhtiarkan untuk menarik keluar dari jasad pesakit dengan memohon kepada Allah, Saya menggunakan kaedah tersebut untuk mengelak kerasukan atau kesurupan. Lagipun kalau pesakit duduk berlunjuk sambil bersandar.. taklah letih sangat.., namun kalau dok berlunjur lama sangat pun.. tak baik juga.. pastinya akan mengundang sakit dibahagian tumit kaki... atau lenguh kaki.
Semuga pesakit dan keluarga tidak salah faham bab merawat menggunakan isyarat kaki.. ataupun seperti cerita kat blog perawat hebat iaitu " Berbual dengan kaki ".