Teringat semasa remaja ketika mengembala kambing di ladang getah, masa tu mana ada jam tangan, tenguk hari dah nak gelap kambing pun tahu... waktu kena balik ke kandanglah hehehe, kambing ni walaupun dalam perjalanan balik masih sibuk dok meragut rumput.
Tiba kedengaran seperti angin kuat, pastu kedengaran seperti dahan getah di patahkan... tenguk kat atas pokok getah takde pun dahan yang patah, ah sudah! ada pula dok mengganggu..(Kat Pahang ini orang namakan Hantu Merepang), kambing tiba2 semua berkumpul setempat tak mahu berjalan kehadapan.., camno nak buat nih.., maklumlah masa tu tak teringat apa2 pun nak baca atau azan. Senjata yang ada kat tangan hanya parang sabit aje, bukan apa bawa parang tu, sebagai senjata untuk bertindak kalau ada kumpulan anjing liar atau harimau kumbang mengganggu kambing.
Akhirnya saya bertempik kepada kambing " Balik!!! ", diizinkan Allah... mungkin kambing terkejut kot hehehe.. terus semuanya berlari untuk balik.. dan gangguan senyap begitu aje. Kambing lari laju... pengembala pun kena lajulah juga... hehehe.
Kat kawasan situ memang selalu buat hal, saya lihat ada lampu atas pokok getahlah, maklumkan kat sempadan ladang tersebut ada kawasan hutan sikit, bomoh suka lepas MG kat situ atau mereka letak " Ancak " untuk menjamu MG. Alhamdulillah, zaman sekarang ini dah tak berapa ada dah kot.
Untuk gangguan bunyi macam2 nih, petua dia senang aje.., kawan saya yang ajar, bagaimana caranya? Saya ulang balik.. kalau yang dah terlupa atau tak tahu. iaitu cakap aje kat MG tersebut " Kalau kau handal sangat kau menyanyilah lagu (sebut lagu yang tuan2 ingat) kalau tak pandai tolong diam " InsyaAllah, akan diamlah MG tersebut. Tak percaya? Cubalah dulu, kalau masih degil tuan2 firelah MG tu.
Wallahu A'lam.
Wallahu A'lam.