Apa yang dimaksudkan dengan pelampas tangan? Keilmuan ini adalah untuk menguatkan jari tangan kepada ahli pesilat lebih-lebih lagi yang suka dok mencekak. Bukan cekak leher hehehe.. cekak kat tangan musuh untuk dilipat atau kunci. Kalau tangan musuh tu berpeluh.. pasti jadi licin jadi kelebihan keilmuan ini bila cekak diizinkan Allah lekat, namun begitu ada pula keilmuan yang memanaskan badan jadi cam api, bila disentuh anggota badan terasa panas, maka pegangan atau cekak akan terlepas. Wallahu A'lam.
Dalam kelimuan untuk mencekak ini ada yang lakukan petua mengarut, iaitu semasa " melabur kat dalam tandas " tangan mencekak atau genggam erat buluh tersebut, diizinkan Allah buluh ini akan pecah bila sampai masanya. Pastu kira powerlah bab cekak nih..huhu. Namun ada keburukannya iaitu bila badan dah lemah keilmuan tak berapa nak jalan maka darah akan keluar dari usus. Wallahu A'lam.
Untuk menguatkan jari-jari, ada yang menggunakan kaedah mengacau pasir dalam kuali menggunakan tangan. Sambil mengacau tu ada bacaan tertentu. Janganlah terlebih panas nanti cam masak buah berangan pula... hehehe.
Bila jari kuat sedap sikit, test dengan mencucuk jari pada tin susu..., kalau dah tembus tu.. faham-fahamlah.., Keilmuan orang dulu-dulu ada namanya seperti Seni Gedang, Patang Geni, Palimun. Ini sekadar cerita untuk pengetahuan am kepada generasi baru. Wallahu A'lam.