Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Thursday, October 7, 2010

Kegunaan Botol Plastik

Kegunaan mengikut keperluan..

Semuga makhluk ini dipanah olih petir


Memang celaka dan laknat manusia ini, semuga Allah beri azab dan siksaan kepada makhluk ini sebelum makhluk ini mampus. Makhluk bangsa ini dah banyak kali buat perangai kurang ajar, cuba kalau ada Ummat Islam yang bakar kitab agama mereka, maka satu dunia hebuh minta diambil tindakan dan hukuman.

Denmark is Losing

Please don't let this mail stop in your PC.

Assalaam O Alaikum,

Great News

Hope you all know about the Denmark newspaper who made fun of our holy Prophet PBUH and till now they do not regret. Let us make them regret for good. The Danish Ambassador, Prime Minister and Denmark National Channel, all are trying to do something just to stop the boycott by Muslims since last month through which their losses have reached 4 billion Euro. If we continue to boycott Denmark products 7 months more it could reach around 80 billion Euro's loss. Believers do not let this message stop in your PC. Please forward this text to as many Muslims as possible. Can't u spare 15 minutes in order to spread this message among Muslims.

ASAP?

REMEMBER THE PROPHET (SAW) MIGHT ASK YOU ON THE DAY OF JUDGMENT, WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME? HOW DID YOU DEFEND ME?

Any products with bar code no. starting with 57 are Danish made Products. Please convince all Muslims to circulate this to Muslim ummah to ban Danish made products

Filem & Drama Melayu

Minta maaf bukan niat nak memperkecilkan atau memperlekehkan filem atau drama Melayu, cuma sekadar nak menceritakan dari dahulu hinggalah sekarang masih kekal camtu juga, bahagian mana yang saya nak mengomel ini? Hehehe adegan bab RAHSIA, cuba tuan/puan amati... walaupun dalam babak tersebut hanya terdapat 2 pelakun sahaja, bila bab rahsia sahaja pastinya akan berlaku aksi "berbisik ditelinga". Maksudnya bila rahsia ini penonton pun tak bolih dengar hehehe.

Berolih hidayah dari Allah

Sahabat saya menceritakan, ketika beliau sedang berbual dengan rakannya, mereka telah menerima ucapan salam "Assalamu'alaikum" daripada seorang lelaki yang mereka tidak kenali, mereka tergamam untuk menjawap ucapan salam disebabkan, insan yang mengucapkan salam tersebut merupakan seorang berbangsa Cina. Maka insan berkenaan memaklumkan beliau adalah seorang Muslim, maka sahabat saya dan rakannya memohon maaf kerana tidak terus menjawap ucapan salam tadi. Insan berkenaan memaklumkan bahawa beliau masih baru lagi memeluk/menganuti Agama Islam iaitu 2 bulan sebelum bulan Ramadhan 1431H, Alhamdulillah, beliau berkesempatan untuk menunaikan ibadah puasa dan mengerjakan solat Terawikh di Masjid.

Sahabat saya bertanya, adakah beliau menganuti Agama Islam disebabkan faktur untuk berkahwin dengan wanita Islam? Saudara Baru berkenaan pun menceritakan kisah yang menjadi penyebab beliau menganuti agama Islam. Ketika beliau sedang nyenyak tidur pada jam 3.00 pagi, beliau terjaga kerana kedengaran suara azan di dalam bilik tidurnya, dan pada hari yang berikutnya seperti ada suatu cahaya yang masuk kedalam bilik beliau, sehinggakan bapanya bertanya adakah beliau telah menukar mentol lampu kerana bapa beliau melihat suatu cahaya yang amat terang. Maka beliau terus merujuk kepada individu tertentu, dan akhirnya beliau memeluk/menganuti agama Islam. Alhamdulillah bapanya menerima keputusan beliau dengan baik. Terdapat kejadian ganjil seperti cahaya muncul tiba2 yang menyebabkan orang yang bersama beliau terkejut iaitu semasa beliau hendak berkhatan dan mengisi borang pengislaman di pejabat agama. Marilah kita sama2 berdoa agar beliau mendapat bimbingan, lindungan, rahmat dan redho dari Allah.

Sahabat saya turut menasihatkan saudara baru agar berjumpa dengan Imam yang mahir dalam bab agama agar dapat membimbing beliau. Juga meminta beliau mendapatkan/membeli buku karangan Ustaz Redhuan Tee & Ustaz Ravi, semuga dapat membantu beliau.

Monday, October 4, 2010

SEMINIT SAJA

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid.

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.

Betapa kita dapat menyebarkan seribu kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya.

Sunday, October 3, 2010

Konvoi 136 Ekor Ulat Bulu..team working



South Africa Isnin 6 September 2010: Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut. Jamie Rooney,38, bersama pelancong-pelancong lain dalam perjalanan dari melawat Kruger National Park, South Africa sempat merakam periistiwa aneh itu. Ulat-ulat bulu ini berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing-masing menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik.

SUBHANALLAH...

Saturday, October 2, 2010

New London Routemaster bus for the 21st Century

The bus would carry 48 people on the upper deck and 28 on the lower and be built from lightweight materials. It would be made largely of aluminium, and be three tonnes lighter than a modern, steel-framed double-decker. It would cost about £150,000 ($265,000) — a third more than a modern bus — but the gap could narrow over time with economies of scale.

Sultan Muhammad Ke V... Allahu Akbar.

  • Kalau anda berkeinginan menjadi makmum kepada Sultan Muhammad ke V semasa solat Zohor dan Asar, boleh datang ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.
  • Tuanku sering turun ke daerah-daerah untuk mendirikan solat Jumaat secara rambang tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada imam atau pembesar setempat. Cara begitu untuk membolehkan baginda mengetahui realiti sebenar masjid berkenaan dan tidak mahu menyusahkan rakyat menyambut keberangkatannya.
  • Baginda juga pernah bersama rakyat jelata lain melakukan korban Aidiladha. Apa yang membuatkan kami teruja sebagai orang luar Kelantan, diceritakan baginda sendiri yang melakukan penyembelihan. Darah lembu yang memercik ke jubah baginda dilihat rakyat sebagai sesuatu yang “indah” dan di situlah letaknya ketinggian budi dan kebesaran hati Tuanku sebagai seorang raja yang sedang memimpin rakyat Kelantan.
  • Baginda juga tidak mementingkan protokol dan sentiasa membuat lawatan dalam keadaan mengejut. Kalau nak cerita banyak tempat, kejadian dan situasi di sini.
  • Jubah beserta dan kopiah menjadi pakaian kegemaran Tuanku.
  • Istana Telipot bersebelahan dengan masjid Telipot yang mana Istana tersebut merupakan kediaman Tuanku sebelum bergelar Sultan Kelantan. Kalau melihat sebelum ini Tuanku berjalan kaki ke masjid adalah perkara biasa bagi penduduk di sekitarnya.
  • Dikatakan, jikalau Tuanku sedang mempengerusikan mesyuarat dan apabila tiba sahaja masuk waktu solat, baginda akan menghentikan mesyuarat selama setengah jam untuk menunaikan solat.
ALLAHU AKBAR..

Thursday, September 30, 2010

Perkhidmatan UNIFI


Ini Bukan Fuyoo Magic...

Wednesday, September 29, 2010

Esoklah Makcik A!

Makcik A mengupahkan Pemuda P untuk membersihkan kawasan rumah beliau, maklumlah anak-anak semuanya bekerjaya dan tinggal di bandar. Makcik M perhatikan Pemuda P hanya bersandar di pokok kelapa dan Makcik A pun bertanya kepada Pemuda P kenapa masih tidak memulakan kerja? Pemuda P pun menjawap " Saya laparlah Makcik ".  Makcik M berasa kasihan kepada Pemuda P dan berkata kepada Pemuda P, " Tunggu sebentar, Makcik siapkan makanan ". Makcik A pun memberi makanan dan minuman kepada Pemuda P tadi.

Hampir 1 jam Makcik A menjenguk keluar, didapati Pemuda P masih berada ditempat yang sama, kelihatan tidur, maka Makcik A pun mengejutkan Pemuda P dan bertanya kepada Pemuda P, kenapa masih belum memulakan kerja? Pemuda P pun menjawap " Tadi saya lapar, sekarang dah kenyang dan jadi mengantuk, sebab itu saya tidur ". Beliau memaklumkan kepada Makcik A " Esoklah Makcik A saya buat kerja, hari pun dah tengahari ni, panas.".

Senyum kelat ajelah Makcik A... hehehe.

Jasamu di kenang

Penyebaran Agama Kristian

DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR ... Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus...untuk memurtadkan umat Islam. Sekian.. SILA SEBARKAN RISALAH INI

Sunday, September 26, 2010

Jual beli durian

Encik A membeli buah durian daripada seorang penjual durian dari masyarakat peribumi, setelah selesai urusan jual beli didapati sebiji daripada buah durian tersebut kurang elok, maka beliau pun memberitahu penjual durian tadi untuk menukar kepada yang lain, beliau diberitahu bahawa buah durian itu tidak bolih ditukar. Encik A pun bertanya, kenapa tak bolih tukar? Jawapan yang diberi "Sebelum Encik beli itu durian saya, bolihlah tukar, tetapi bila encik sudah beli itu dah jadi durian Encik, mana bolih tukar lagi!".

Siapa lebih cerdik?

Bapa saudara rakan saya telah pergi sebuah perkampungan masyarakat pribumi untuk membeli kambing, apabila ditanya kepada Tok Batin, diberitahu harga seekor kambing adalah RM600, aduh... mahal nih!,maka beliau bertanya kepada Tok Bathin, kambing tersebut milik siapa? Maka bapa saudara rakan tadi pun berjumpa tuan punya kambing untuk berunding (tawar/menawar) harga, beliau diberitahu harga seekor kambing tersebut adalah RM500 (Tok Batin pandai bab business hehehe), minta kurang masih tidak bolih, maka bapa saudara rakan bertanya 1 ekor harga RM500 kalau saya beli 2 ekor dengan harga LIMA RATUS SETENGAH  bolih? Tuan punya kambing pun bersetuju, beliau mungkin keliru dengan ayat SETENGAH. Apakah beliau cuba memperbodohkan masyarakat peribumi tersebut? Jawapannya tidak, beliau terlebih dahulu di tipu olih mereka dengan menjual separuh daripada durian (kapasiti muatan HILUX) adalah durian muda. Jangan kita salah sangka dengan mengatakan masyarakat pribumi ini kurang pelajaran, mereka telah pun mendapat pendidikan pelajaran yang cukup baik, cuma masalah bahasa yang menyebabkan mereka tewas. Kalau tuan/puan membeli petai yang dijual di tepi jalan contohnya dari Pertak ke Kuala Kubu Baru, yang dikatakan jumlah 100 keping belum tentu cukup. Kalau rajin kiralah sendiri.

Apabila dah lama tak merawat

Dibulan ramadhan yang lalu, ketika sedang lenok (asyik/leka) membaca akhbar, saya dipanggil untuk melihat seorang makcik yang tidak sedar walaupun dibangunkan dari tempat pembaringan, di sapu/lap air di muka dan badan masih tetap tidur. Menantu dan anak saudara dah jadi cemas, kebetulan suami beliau pula ada urusan diluar. Maka saya mengajak isteri kerumah tersebut, dekat sahaja rumah tu.

Setiba dirumah tersebut saya lihat, anak saudara, menantu dan jiran cuba menyedarkan beliau dari tidur.  Maka spray air ruqyah kat ubun2, masih tetap tidur, kemudian langkah kedua saya hidukan atar kasturi hitam kat hidung masih tetap sama, termenung sekejap, nak ikhtiar bagaimana lagi? maka saya teringat doa Arasy (saya istiqamah doa ini, iaitu saya baca setiap lepas solat fardhu), sebut Allahu Akbar.. terus tiup kat ubun2, diizinkan Allah.., terus bangun Makcik ini.., dan bertanya kepada menantu dan anak saudaranya, "kenapa dengan aku ini?". Saya diberitahu Makcik ini tidur sebentar untuk menunggu waktu solat asar.

Bila lama tak merawat camnilah jadinya. Bukan tak sudi nak merawat, saya merawat keluarga terdekat dan yang datang rumah secara mengejut. Sebelum ini pun ada 1 kes, gatal dan bengkak seluruh anggota badan, saya bantu merawat menggunakan Garam dan rukyah air untuk minuman, dizinkan Allah, alhamdulillah sembuh.

Sebenarnya banyak kes berat2, saya transfer kepada sahabat yang lebih arif bab rawatan. Sekarang ini saya fokus untuk bimbing anak lelaki saya dan rakan-rakan yang berminat. Wallahu A'lam.

Iklan cari menantu


Macam-macam ada, ada gak kisah anak jiran kat sini, semasa berkenalan diberitahu rakan cyber ini seorang Dr..., untuk pertemuan yang pertama dibatalkan atas alasan saudara meninggal dunia, ingatkan dah senyap, pastu ada perjumpaan susulan, maka anak jiran ini bersama kawan-kawan pun pergilah bertemu dengan gadis tersebut, memang confirm beliau seorang Dr.., cuma masalah usia akhir 20an dan jadi akhir 30an, yang anak jiran ini usia beliau 27 tahun. Ibu kat OK, bapa kata NOK.., kalau dah jodoh pasti tak kemana.., dapat makan khendurilah nanti..

Wednesday, September 22, 2010

Santau/Santet & Barah (cancer)

Ada insan yang berbicara mengatakan ramai orang Melayu sering tersilap faham mengenai penyakit santau, sebenarnya bukan santau tetapi adalah barah. Benarkah begitu? Sahabat saya menceritakan kawannya kini sedang dirawat di ICU, manakala rakannya kurang mempercayai penyakit santau dan mengatakan ianya penyakit barah. Pesakit ini telah mendapatkan rawatan di Hospital, hasil ujian yang dilakukan dimaklumkan normal, sakit kian teruk akhirnya kini agak tenat di Hospital Kuala Lumpur. Wallahu A'lam.

Bomoh & Perawat

Kelmarin semasa berbual dengan rakan yang datang dari Kuantan (beliau menyelia project), bekas Boss dan rakan sekerja, rakan dari Kuantan mengatakan Bomoh dengan Perawat adalah sama, Bomoh bila merawat akan meminta bayaran, saya komen pendapat beliau.., pesakit asyik fokus.. "perawat kena ikhlas", saya tanya kepada rakan saya " Adakah bayaran RM20 mencukupi untuk seorang perawat yang datang dari Kemaman untuk merawat di Kuantan?". Mereka terus diam, saya tambah lagi, kalau untuk rawatan moden sekadar untuk nasihat sahaja dikenakan bayaran yang tinggi pesakit sanggup bayar, untuk perawat pula nak hadiah RM10 pun payah.., ayat mudah.. "Dame pikior le sendiri".

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Eidul Fitri, 1431H

Ingatan Tulus Ikhlas kepada pengunjung blog mencupu..
Semuga sentiasa ceria dan gembira di hari yang mulia,
sentiasa di dalam rahmat, lindungan dari ALLAH
&
berada di dalam NUR dan kasih sayang dari ALLAH.