Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira
Wednesday, September 22, 2010
Bomoh & Perawat
Kelmarin semasa berbual dengan rakan yang datang dari Kuantan (beliau menyelia project), bekas Boss dan rakan sekerja, rakan dari Kuantan mengatakan Bomoh dengan Perawat adalah sama, Bomoh bila merawat akan meminta bayaran, saya komen pendapat beliau.., pesakit asyik fokus.. "perawat kena ikhlas", saya tanya kepada rakan saya " Adakah bayaran RM20 mencukupi untuk seorang perawat yang datang dari Kemaman untuk merawat di Kuantan?". Mereka terus diam, saya tambah lagi, kalau untuk rawatan moden sekadar untuk nasihat sahaja dikenakan bayaran yang tinggi pesakit sanggup bayar, untuk perawat pula nak hadiah RM10 pun payah.., ayat mudah.. "Dame pikior le sendiri".