Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Thursday, October 7, 2010

Filem & Drama Melayu

Minta maaf bukan niat nak memperkecilkan atau memperlekehkan filem atau drama Melayu, cuma sekadar nak menceritakan dari dahulu hinggalah sekarang masih kekal camtu juga, bahagian mana yang saya nak mengomel ini? Hehehe adegan bab RAHSIA, cuba tuan/puan amati... walaupun dalam babak tersebut hanya terdapat 2 pelakun sahaja, bila bab rahsia sahaja pastinya akan berlaku aksi "berbisik ditelinga". Maksudnya bila rahsia ini penonton pun tak bolih dengar hehehe.