Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Saturday, October 2, 2010

Sultan Muhammad Ke V... Allahu Akbar.

  • Kalau anda berkeinginan menjadi makmum kepada Sultan Muhammad ke V semasa solat Zohor dan Asar, boleh datang ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.
  • Tuanku sering turun ke daerah-daerah untuk mendirikan solat Jumaat secara rambang tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada imam atau pembesar setempat. Cara begitu untuk membolehkan baginda mengetahui realiti sebenar masjid berkenaan dan tidak mahu menyusahkan rakyat menyambut keberangkatannya.
  • Baginda juga pernah bersama rakyat jelata lain melakukan korban Aidiladha. Apa yang membuatkan kami teruja sebagai orang luar Kelantan, diceritakan baginda sendiri yang melakukan penyembelihan. Darah lembu yang memercik ke jubah baginda dilihat rakyat sebagai sesuatu yang “indah” dan di situlah letaknya ketinggian budi dan kebesaran hati Tuanku sebagai seorang raja yang sedang memimpin rakyat Kelantan.
  • Baginda juga tidak mementingkan protokol dan sentiasa membuat lawatan dalam keadaan mengejut. Kalau nak cerita banyak tempat, kejadian dan situasi di sini.
  • Jubah beserta dan kopiah menjadi pakaian kegemaran Tuanku.
  • Istana Telipot bersebelahan dengan masjid Telipot yang mana Istana tersebut merupakan kediaman Tuanku sebelum bergelar Sultan Kelantan. Kalau melihat sebelum ini Tuanku berjalan kaki ke masjid adalah perkara biasa bagi penduduk di sekitarnya.
  • Dikatakan, jikalau Tuanku sedang mempengerusikan mesyuarat dan apabila tiba sahaja masuk waktu solat, baginda akan menghentikan mesyuarat selama setengah jam untuk menunaikan solat.
ALLAHU AKBAR..