Di blog saya kini terdapat iklan bermula dengan Kursus Pemanduan Kenderaan yang dijalankan secara Profesional, pengendali kursus berkenaan cukup berpengalaman bukan sekadar teori tetapi praktikal.
Saya juga telah menambah kepada peminat Persilatan dengan memasukkan Jurus Aceh dan yang terbaru saya masukkan pula Minyak Herba.
Sebenarnya, saya tidak ada kepentingan pun dengan iklan yang saya pamirkan di blog saya, sekadar membantu kerana Allah sahaja. Contohnya pengeluar produk minyak herba tak kenal pun saya. Kenapa saya pamirkan Produk Minyak Herba kedalam blog saya? Ianya ada kisah tersendiri yang saya sendiri alami dan saksikannya.
Tidak dinafikan, saya ini memang peminat minyak urut atau herba, jumpa sahaja penjual minyak sedemikian di pasar minggu atau pekan sehari saya suka membelinya. Banyak minyak yang saya beli itu bukan untuk kegunaan sendiri, saya sering hadiahkan kepada saudara-mara atau kawan-kawan yang memerlukannya sebagai satu ikhtiar membantu.
1. Kawan saya mengalami kecederaan akibat kemalangan motorsikal, beliau telah pun berjumpa Tukang Urut, malangnya bengkak ditempat yang bermasalah masih kekal. Saya telah menghadiahkan kepada beliau Minyak Belut, erm baunya memang busuk sedikit. Diizinkan Allah isteri beliau telah sapukan Minyak Belut ditempat suami beliau bermasalah dengan sedikit urutan biasa, Alhamdulillah, bengkak dan masalah urat-sarat telah pulih.
2. Abang saya yang tinggal di Cameron Highlands telah diserang penyakit "Stroke", selain mendapatkan rawatan modern dengan memakan ubat, saya telah membekalkan kepada beliau "Belimbing Pasir" untuk direbus dan minum airnya dengan sukatan 3 atau 5 pokok direbus bersama 3 cawan air sehingga jadi 1 cawan. Disamping itu saya juga telah membekalkan kepada beliau Minyak Mestika (Isteri Kumat Gagah) produk tersebut kini telah pun terkenal dan mudah didapati di farmasi atau kedai ubat. Alhamdulillah, minyak urut ini cukup membantu, apabila diurut cukup terasa kesannya, kaki dan tangan terasa ringan. Diantara kelebihan minyak ini, ia tidak membeku di kawasan tanah tinggi iaitu Cameron Highlands. Satu lagi jenama yang tidak membeku adalah Minyak Albaladi. Alhamdulillah stroke yang abang saya hidapi telah pulih 100% dengan izin Allah.
3. Sahabat saya telah mengalami kemalangan, jatuh di dalam bilik air pada 1/1/11 pada jam 1.00 pagi. Dibahagian paha kanan telah patah, untuk melakukan pembedahan mungkin agak lambat sekurang-kurangnya 6 bulan lagi sehinggalah masalah sakit jantung beliau dapat diatasi. Lebih malang lagi, kaki kiri beliau tidak dapat digerakkan. Ini amat merunsingkan beliau, saya telah memohon jasabaik biras saya untuk menghubungi rakan setugas beliau yang memang terkenal sebagai tukang urut untuk membantu sahabat saya, malangnya tukang urut ini tidak berani untuk melakukan rawatan di Hospital. Saya telah memberitahu sahabat saya dan isterinya untuk meminta saudara-mara beliau yang bertugas sebagai Jururawat untuk memujuk tukang urut ini merawat sahabat saya. Petang kelmarin saya telah memberikan Minyak Herba semasa melawat beliau, petang tadi apabila saya melawat beliau, kelihatan wajah beliau gembira dan menceritakan kepada saya dan isteri bahawa beliau seperti bermimpi apabila kaki kiri beliau diizinkan Allah dapat digerakkan (beliau telah mengangkat kaki kiri nya sebagai bukti). Isteri beliau telah sapukan minyak herba dibahagian sendi (bahagian pelipat) seperti yang saya suruh dan seluruh kaki kiri beliau. Alhamdulillah, ikhtiar tersebut dimakbulkan Allah.
Semuga Minyak Herba ini dapat digunakan sebagai ikhtiar merawat, diizinkan Allah ada keserasian dengan pesakit InsyaAllah akan sembuh. Bab ubat-ubatan atau minyak urut dsbnya umumnya mengikut keserasian, A kata OK manakala B kata NOK, yang pentingnya kita berikhtiar. Allahu Yasyfik.