Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Sunday, March 6, 2011

Salah tempat daaa...

Altersebutlah kisah kumpulan berbaju putih bersama teropongnya menyorok di dalam semak untuk mengesan kelajuan kenderaan. Nak jadi malang, lokasi kumpulan berbaju putih ini adalah laluan kumpulan sondol.., apalagi.. dengan teropong2 kena sodok termasuk anggota kumpulan berbaju putih, kira dalam sejarah mereka terdapat gambar anggota kumpulan penyondol. Ini bukan kisah dongeng... tetapi kisah benar yang berlaku baru2 ini.

Asak Tangan

Apa yang dimaksudkan dengan asak tangan? Daripada lengan hingga ke jari menjadi keras umpana besi atau batu, Wallahu A'lam. edikit dalam pengetahuan saya, asak ini ada 2 jenis iaitu batu atau besi.
Apabila yang mempunyai keilmuan ini, diizinkan Allah hanya dengan menepis tumbukan musuh bolih menyebabkan musuh patah tangan.

Asak tangan juga diizinkan Allah, mampu menahan pukulan dari benda keras atau senjata disebabkan keilmuan ini merangkumi tahan daripada senjata, penderas dan pembisa.

Orang dulu belajar kena pengkeras, untuk keilmuan ini versi Melayu + Jawa, pengkerasnya adalah RM3.25 (orang dulu kata 3 ringgit suku).

Ada juga yang menguatkan lengan secara fizikal iaitu dengan memukul lengan tangan dengan tebu hitam. Kenapa tak guna tebu kuning? Wallahu A'lam.

Tebu hitam banyak berkait dengan rawatan, kaum chinese juga menggunakan air rebusan tebu hitam dan dicampur dengan herba atau ayam kampung untuk perubatan. Wallahu A'lam.

Saturday, March 5, 2011

STRATEGY

Strategy
  • The word strategy originates from the Greeks around 400BC. It centered on the art and science of directing military forces for success
  • In modern times the word is used in organisational management.
  • A strategy defines the mode or plan of action for allocating resources to gain competitive advantage and to achieve an objective at an acceptable level of risk.
  • Strategy requires a mix of goals and policies which provide a specific path of action.
  • Strategy outlines a basic approach to be used in reaching specific goals
Strategic Management Process .
  • Strategic management is an ongoing process to develop and revise future-oriented strategies that allow an organization to achieve its objectives, considering its capabilities, constraints, and the environment in which it operates. 
  • Strategic management process that comprises three phases: diagnosis, formulation and implementation. 

Palampas tangan?

Apa yang dimaksudkan dengan pelampas tangan? Keilmuan ini adalah untuk menguatkan jari tangan kepada ahli pesilat lebih-lebih lagi yang suka dok mencekak. Bukan cekak leher hehehe.. cekak kat tangan musuh untuk dilipat atau kunci. Kalau tangan musuh tu berpeluh.. pasti jadi licin jadi kelebihan keilmuan ini bila cekak diizinkan Allah lekat, namun begitu ada pula keilmuan yang memanaskan badan jadi cam api, bila disentuh anggota badan terasa panas, maka pegangan atau cekak akan terlepas. Wallahu A'lam.

Dalam kelimuan untuk mencekak ini ada yang lakukan petua mengarut, iaitu semasa " melabur kat dalam tandas "  tangan mencekak atau genggam erat buluh tersebut, diizinkan Allah buluh ini akan pecah bila sampai masanya. Pastu kira powerlah bab cekak nih..huhu. Namun ada keburukannya iaitu bila badan dah lemah keilmuan tak berapa nak jalan maka darah akan keluar dari usus. Wallahu A'lam.

Untuk menguatkan jari-jari, ada yang menggunakan kaedah mengacau pasir dalam kuali menggunakan tangan. Sambil mengacau tu ada bacaan tertentu. Janganlah terlebih panas nanti cam masak buah berangan pula... hehehe.

Bila jari kuat sedap sikit, test dengan mencucuk jari pada tin susu..., kalau dah tembus tu.. faham-fahamlah.., Keilmuan orang dulu-dulu ada namanya seperti Seni Gedang, Patang Geni, Palimun. Ini sekadar cerita untuk pengetahuan am kepada generasi baru. Wallahu A'lam.

Thursday, March 3, 2011

Gangguan MG di Ladang Getah

Teringat semasa remaja ketika mengembala kambing di ladang getah, masa tu mana ada jam tangan, tenguk hari dah nak gelap kambing pun tahu... waktu kena balik ke kandanglah hehehe, kambing ni walaupun dalam perjalanan balik masih sibuk dok meragut rumput.

Tiba kedengaran seperti angin kuat, pastu kedengaran seperti dahan getah di patahkan... tenguk kat atas pokok getah takde pun dahan yang patah, ah sudah! ada pula dok mengganggu..(Kat Pahang ini orang namakan Hantu Merepang), kambing tiba2 semua berkumpul setempat tak mahu berjalan kehadapan.., camno nak buat nih.., maklumlah masa tu tak teringat apa2 pun nak baca atau azan. Senjata yang ada kat tangan hanya parang sabit aje, bukan apa bawa parang tu, sebagai senjata untuk bertindak kalau ada kumpulan anjing liar atau harimau kumbang mengganggu kambing.

Akhirnya saya bertempik kepada kambing " Balik!!! ", diizinkan Allah... mungkin kambing terkejut kot hehehe.. terus semuanya berlari untuk balik.. dan gangguan senyap begitu aje. Kambing lari laju... pengembala pun kena lajulah juga... hehehe.

Kat kawasan situ memang selalu buat hal, saya lihat ada lampu atas pokok getahlah, maklumkan kat sempadan ladang tersebut ada kawasan hutan sikit, bomoh suka lepas MG kat situ atau mereka letak " Ancak " untuk menjamu MG. Alhamdulillah, zaman sekarang ini dah tak berapa ada dah kot.

Untuk gangguan bunyi macam2 nih, petua dia senang aje.., kawan saya yang ajar, bagaimana caranya? Saya ulang balik.. kalau yang dah terlupa atau tak tahu. iaitu cakap aje kat MG tersebut " Kalau kau handal sangat kau menyanyilah lagu (sebut lagu yang tuan2 ingat) kalau tak pandai tolong diam " InsyaAllah, akan diamlah MG tersebut. Tak percaya? Cubalah dulu, kalau masih degil tuan2 firelah MG tu.

Wallahu A'lam.

Siapa berani mandi kat kolam tu?

Siapa yang berani mandi kat kolam tu? Teman idak le sanggup.. hehehe

Tuesday, March 1, 2011

Waktu Penghujung

Semalam saya menjadi hairan kenapa kat Balai Polis ramai sangat orang, secara kebetulan bertemu Boss kat sini, beliau mengeluh kerana sudah 2 kali ke Balai Polis untuk membayar saman anak saudara beliau yang tinggal di Kuala Lumpur namun masih tidak berjaya. Ooo rupanya tarikh akhir diskaun pembayaran saman. Apa yang saya faham, diskaun ini bermula akhir tahun lepas lagi, saya sendiri telah membayar 1 saman yang dapat diskaun 50%. Memang dah jadi satu kelaziman atau habit masyarakat Malaysia untuk berurusan di waktu akhir ataupun last minute kata omputih.

Bila tak berjaya membuat bayaran mulalah merungut atau marah dengan mengatakan anggota bertugas lembab, sistem slow dsbnya. Memanglah sistem jadi slow.. seluruh negara dok asak.. mahu ' HANG ' sistem berkenaan, tak sempat nak baca data. Kepada yang tak puas hati mengatakan sistem berkenaan slow, minta kerajaan upgrading/tingkatkan kelajuan sistem kepada 1Gb/s atau 10 Gb/s.

Tak lama lagi pun ada pesta berurusan waktu akhir iaitu Pembayaran Cukai Pendapatan. Sekarang ini zaman cyber.. nak check saman guna HP pun bolih lebih-lebih lagi melalui IT, facebook bolih jenguk siang & malam tetapi nak check saman jadi payah le pulak. Untuk kemudahan bab saman ekor olih PDRM, saya cadangkan pengunjung blog mencupu register/daftar dengan http://www.myeg.com.my/ setiap bulan akan terima email status saman dan pelbagai perkhidmatan yang terdapat di web berkenaan.

Bab waktu akhir ini ibarat pergi majlis perkahwinan, ada rezeki tuan rumah bekalkan lauk pauk sebab banyak berlebih, kalau nasib kurang baik.. erm lauk tinggal kuah ajelah.

Perkara Pelik?

Masyarakat kita umumnya amat menggemari perkara yang pelik2, kat akhbar Kosmo semalam kisah pokok petai. Apabila dah keluar kat akhbar, InsyaAllah akan semakin ramailah pengunjung/pelawat ke lokasi tersebut.

Semasa jalan daripada Jerantut ke Jengka baru siap, air yang keluar daripada sesalur bukit yang di simen telah menjadi tumpuan orang ramai, kononnya air di lokasi tersebut bolih menyembuhkan penyakit. Alhamdulillah sekarang ini dah berkurangan. Sebenarnya banyak lokasi lain yang menjadi tumpuan orang ramai yang mendefinasikan sebagai Air Mineral. Tuan/puan bolih ketemu individu yang membawa bekas air dalam kuantiti yang banyak, contohnya Jalan Simpang Pulai, Perak ke Cameron Highlands.

Sukacita ingin saya kongsikan kisah benar yang berlaku di Felda Sungai Koyan, Raub, Pahang. Tersebar berita mengatakan air keluar daripada pokok kelapa, baunya seperti air kelapa. Maklumlah bab perkara pelik memang cepat akan tersebar dan peminat pun ramai, erm pakat berbaris untuk mendapatkan air tersebut. Ada individu yang menyiasat perkara tersebut, maka terjumpalah punca sebenar bagaimana air tersebut keluar daripada pokok kelapa tersebut, iaitu paip air yang bocor. Selepas paip air tersebut dibaiki maka keringlah air yang dikatakan keluar dari pokok kelapa. Wallahu A'lam.

Sunday, February 27, 2011

Ketahanan Tubuh Badan

Orang dulu2, selain menjaga pemakanan, mereka juga turut mengamalkan kaedah tertentu seperti mandi embun, amalan selepas bangun dari tidur dan amalan mandian.

Kaedah mandi pula mestilah mengikut bulan Islam ataupun waktu bulan naik. Mandi dengan 40 gayung/timba, iaitu 1 bulan = 3X.

Sukacita saya ingin kongsikan kaedah yang diajar olih Guru saya, semuga memberi munafaat kepada pengunjung blog mencupu. Baca ayat 20 Surah 81. (At Takwiir) sebanyak 3X, tiupkan pada tapak tangan sapu bermula di muka, kepala dan seluruh anggota yang tercapai olih tangan berakhir di kedua hujung kaki.

Untuk mandian sebaiknya berniat, " Aku mandi untuk menyehatkan tubuh badan kerana Allah Ta'ala." Orang dulu lain pula niatnya " Sahaja aku mandi untuk kuat dan tahan tubuh badan aku kerana Allah Ta'ala."

Wallahu A'lam.

Saturday, February 26, 2011

Cukuplah Ton &^%$(

Ton &^%$( ni memang banyak pengikut setia, sampai sekarang cukup minat menulis cerpen kisah masyarakat, sekarang nih dah macam dok merepek le pulak. Ramai yang masih tak percaya, apabila ada individu yang mengatakan Ton &^%$( ni berketurunan dari sebuah tempat Keralapayau di Hindia Timur.

Kepada yang fanatik sangat tu, saya nak habaq mai, Ton &^%$( ni ayah dia memang datang dari Keralapayau iaitu sekapal dengan nenek saya sebelah bapa, Mak Ton &^%$( memang dari Tanah Malaya dan asal keturunan Datuk yang beristeri 2. Saya lihat sendiri susur galur dari sebelah emak beliau. Atuk kepada sepupu saya adalah dari keturunan Datuk yang beristeri 2. Siapa Datuk yang beristeri2 tu? Datuk Temenggung Pulut? Bekas Bendahara Negeri Padi juga adalah dari keturunan  Datuk tersebut dari Datin yang sorang lagi. Siapa yang dok kata dia Malayu tulin.. silap besaq lah. Pasai apa bolih saya sentuh Ton &^%$( nih? Sebab dia dok mengarut lebih sangat sampai dok pi sanjung pula makhluk Allah yang azab sangat waktu nak mati.

Friday, February 25, 2011

Gelanggang Silat

Teringat kisah dulu2 bab membuka gelanggang silat, gelanggan silat dulu atas tanah aje, dinding pun dengan daun kelapa aje. Antara kaedah nak buka gelanggang ni, selain dok guna kemenyan, depa pi sembelih ayam jantan pastu darah ayam tu di letakkan di 4 penjuru gelanggang, pastu ayam tu ditanam ditengah gelanggang.

Murid atau pesilat nih masa dok belajar atau berlatih, mana ada rasa sakit, sepak terajang dsbnya relax aje hehehe.

Ada juga gelanggang silat yang tidak dilakukan sedemikian, cuma adabnya waktu nak masuk kena baca Al-Fatehah.

Bab memecah gelanggang memang berlaku, caranya depa pi hentak MG yang dok jaga gelanggang tu, pastu baru pi pediah/belasah Tok Guru tu pula.

Paling tak menyenangkan, bila dah habis sebangsal.. kata orang atau separih, depa tak tutup dengan cara yang betul, buka tau tapi tutup tak tau.., apa hasilnya MG pi dok mengacau rumah yang terdekat dengan gelanggang, erm habis pula duit tuan rumah bayar upah nak halau MG.

Thursday, February 24, 2011

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA

AMARAN DARIPADA POLIS

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita.. Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya....!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA"

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa juga benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar  dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Sekian, Terima kasih.

Dengan Ikhlas,

Afizah Raub

Wednesday, February 23, 2011

Tak Lama Lagi Pilihanraya

Mengikut pengalaman yang lalu, apabila Wakil Rakyat dah turun padang.. maknanya tak lama lagi akan diadakan pilihanrayalah...

Adun tempat saya ni.. camtulah.., lepas dia menang tak tunjuk muka dah, buat program apa pun tak berapa nak datang.. sebab tempat saya nih memang penyokong kuat dia, masa dulu ada lawan sikit-sikit, keraplah dia datang melawat hehehe..

Dia datang nak melawat sahabat saya yang sakit, malangnya pesakit ada kat Temerloh dan kini mungkin kat Selangor kat rumah anak beliau. Memang patut YB ni datang melawat, sebab kat depan pintu itu ada ayat power ' DULU KINI DAN SELAMANYA '.

Saya beritahu kat pakcik tu " yang penuh semangat bercerita kepada saya YB datang jumpa dia ". Mintalah apa2.. InsyaAllah dapat le tu.. kalau kena gaya. Apakah yang orang taman tu minta? Nak pagar tinggi untuk kawasan permainan. Elok minta tambahan lampu limpah untuk senang budak-budak main bola hingga larut malam.

Keselamatan Di Rangkaian Sosial

Wednesday, February 16, 2011

Masin Mulut

Al tersebutlah kisah zaman PWD dulu berlaku di kawasan Utara Tanah Melayu, majoriti pekerja bawahan (IMG) adalah dari kaum X&^%$*. Masa tu menebas rumput menggunakan parang sabit, bukan cam sekarang ni.. guna mesin rumput galas..., badan lencun/lenjun dengan peluh dok menghayun parang sabit ala- ala Main Golf atau putaran Helikopter.  Walaupun menggunakan parang tepi jalan terang, sekarang guna mesin jalan semak hehehe, dulu PWD sekarang Roadcare, JKR memantau hehehe.

Di kawasan kampung, orang dulu-dulu suka tanam Pokok Ubi Gajah, pastu buat kerusi kayu untuk menunggu bas atau teksi, bukan cam sekarang ini Pondok Menunggu Bas 1 Malaysia yang jadi Port untuk remaja berkumpul, kadangkala bapa remaja pun tumpang sekaki hehehe.

Ada seorang tua telah berpesan kepada pekerja PWD nih agar tidak menebang Pokok Ubi Gajah, tak tahulah disebabkan tak faham bahasa percakapan orang tua tersebut ke? Takut kat Tandey (Mandor) ke? Di libasnya juga pokok tersebut.

Buah pokok ubi gajah ni, kalau kambing makan buahnya, ikut hukum akal.. memang KO kambing tersebut, banyak dah kambing terkorban asbab buah Ubi Gajah. Bebudak sekarang pokok ubi kayu pun ada yang tak kenal hehehe. Erm.. masa saya kecil dulu.. huii ubi kayu rebus sama gula merah.., kena pula air kopi.., kebetulan pula hari hujan.. amat menyelerakan.. takde pula jadi kembung.., dah tua-tua nih.. makan sikit dah perut meragam.., makan kentang goreng Ok lah pula... hehehe. OK sambung semula cerita...

Kejadian itu disedari olih orang tua tersebut, maka beliau pun berkata " Nak mampus X&^%$* ni, ditakdirkan Allah, dengan izinNYA.. mengelupur X&^%$* berbuih mulut. Wallahu A'lam.

Begitu juga bab Mat Rempit kat kampung atau Taman  Perumahan, sorang kata " Ada harapan berlanggar dengan lori " pastu yang lain pun dok cakap sebegitu.., kata orang... cukup 40 orang.. memang jadi betul.., Wallahu A'lam.

Pesanan Guruku...

Kepada perawat2 atau Mu'allij yang dihormati sekelian, inilah pesan Guru saya kepada kami anak murid beliau, agar sentiasa muhasabah diri, jaga niat dan ikhlas dalam amalan.

" Kalau kita pandai, ada lagi orang yang pandai. kalau kita rasa kita hebat, ada lagi orang yang hebat. Namun serahkan semuanya kepada Allah swt, dan mohon petunjukNYA kerana Allah swt lah Yang Sebenar-benarnya Maha Bijaksana. Insyaa AllaaH, akan ada petunjuk NYA jika kita sabar dan ikhlas."

Adakalanya kita belum benar2 di uji oleh Allah dengan ketemu permasalahan rawatan yang amat hebat, ayat mudah " Buku Bertemu Dengan Pensil " orang dulu-dulu kata " Buku Bertemu Dengan Ruas ". Jadinya kita jadi seronok dan rasa diri dan keilmuan kita begitu hebat, sedangkan kita terlupa.. sehebat mana pun kita kalau Allah tak izinkan maka tidak akan jadi, paling ditakuti Allah izinkan tanpa redhoNYA. Maka kita akan semakin jauh tersasar dari rahmat dan pertunjuk dari Allah.

Tak perlulah kita nak memperlekeh kumpulan perawat atau perawat A, B dsbnya..., Ingatlah peribahasa orang tua-tua " Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga ".

Wallahu A'lam.

Monday, February 14, 2011

Bacaan Selawat Kepada Rasulullah S.A.W


Allahumma Shalli  Wasallim 'Alaa Sayyidina Muhammadin Wa 'Alaa Aali Sayyidina Muhammad, Fii kulli lamhatin-wanafasin-bi'adadi kulli ma'luumin laka. " Ya Allah, limpahkan selawat dan salam kepada Sayyidina Muhammad dan keluarga Sayyidina Muhammad, di dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas, sebanyak jumlah ilmu yang Engkau miliki ".

Marilah kita semua memperbanyakkan Selawat kepada Rasulullah S.A.W bukan hanya pada hari tertentu sahaja, dan mempelbagaikan Selawat kepada Rasulullah S.A.W, mudah-mudahan Rasulullah S.A.W akan mengaku kita sebagai Ummatnya di Akhirat kelak. InsyaAllah.

Saturday, February 12, 2011

Herba Penawar Racun

Tuai Rumah Panjang umumnya memiliki sejenis kayu herba yang fungsinya menawar racun dan khasiat yang lain, rasanya payah kita nak tahu khasiat sebenar. Cuma apa yang saya diberitahu olih seorang sahabat baik saya di Bumi Kenyalang, sekiranya kayu tersebut/herba digigit sedikit sahaja, InsyaAllah gula yang manis menjadi tawar, kalau cili pula hilang pedasnya.

Dihari perayaan gawai, tuai rumah akan meletakkan herba tersebut di bawah lidah, ini dapat mengelakkan beliau menjadi mabuk apabila meminum air tapai/tuak atau arak di dalam jumlah yang banyak. Mengikut adat mereka, sebelum tetamu minum air tapai/tuak, tuan rumah mestilah minum terlebih dahulu untuk membuktikan air tapai tidak membahayakan tetamu. Bayangkanlah kalau tetamu yang datang ramai, mahu tumbang jadinya.

Teringat satu kisah lucu yang berlaku di hari perayaan gawai, pemuda Indonesia yang bertugas di sana telah mengunjugi rumah panjang, apabila diminta untuk minum air tapai/tuak beliau mengatakan " Enggak Bisa ". Tuai rumah amat kurang senang apabila mendengar jawapan daripada pemuda Indonesia tersebut, maksud bisa pada pengertian beliau adalah " Tidak Kuat ". Pemuda tadi telah dipaksa juga minum air tapai, akhirnya mabuklah pemuda tersebut dan tumbang.

Harga kayu herba tersebut cukup tinggi dan payah untuk dijual sepertimana " Kayu Hujan Panas ". Teringat Makcik penjual " Kayu Hujan Panas " memberitahu saya berkali-kali dan melarang saya memukul orang ataupun anjing dengan menggunakan kayu tersebut. Beliau juga mengajar saya, andainya anak kecil menangis diwaktu senja, bakar kulit kayu tersebut. Wallahu A'lam.

Pantang Keilmuan 1

Al tersebutlah kisah, disebuah kampung di dalam negeri Malaya, kedapatan seorang lelaki yang perkasa dan terkenal dengan kesamsengannya disebabkan beliau memiliki " Ilmu Kebal ", siapa yang salah tutur bicara atau buat masalah dengan beliau maka akan mendapat hadiah " Roti Lima Jari " dll.

Pada suatu hari, ketika beliau sedang lepak2 di warung, kedamaian beliau diganggu-gugat olih kebisingan suara kanak-kanak yang sedang bermain, sejurus itu beliau telah memarahi budak-budak tersebut, ditakdirkan Allah, ada seorang budak lelaki telah menjawap larangan beliau, apalagi "Angin Satu Badanlah" beliau, terus mengejar budak itu untuk memberi hukuman. Mereka yang berada disitu pastinya tidak berani untuk menegur atau menghalangnya kerana ditakuti akan menerima padah lebih-lebih lagi beliau sedang di dalam keadaan marah.

Budak lelaki tersebut semakin keletihan, beliau berlari mengelilingi meja di warung berkenaan, diatas meja itu terdapat batang tebu yang di jual (yang dah siap katam/di potong) maklumlah warung zaman dulu itulah diantara barangan yang dijual. Budak lelaki tersebut telah berhenti berlari kerana terlalu letih, untuk menyelamatkan dirinya, beliau telah bertindak mengambil sekatam tebu dan memukul lelaki perkasa itu dengan tebu, diizinkan Allah pukulan tersebut telah terkena pada anggota badan lelaki perkasa, ditakdirkan Allah, Lelaki Perkasa tersebut telah rebah ketanah dan akhirnya meninggal dunia.

Ini cerita Auta Kare (Pembohong) ke? Tidak, cuma saya tidak menyatakan secara jelas. Ini adalah kisah benar yang diceritakan olih Guru saya. Apakah tujuan sebenar penceritaan ini? Keilmuan orang dulu-dulu sebenarnya ada pantang larangnya, mereka belajar keilmuan tersebut tetapi terlupa pantang larangnya.

Pelajar persilatan dulu dan sekarang amat suka upacara " Mandi Minyak ". Pelajar diwajibkan sentiasa didalam keadaan berwuduk ketika proses menyediakan minyak tersebut daripada mengupas kelapa, mengukur dan memerah santan.. akhirnya dimasak menjadi minyak. Balik rumah tidak bolih mandi dan mesti tidur didalam keadaan badan berminyak. Apa khasiat mandi minyak tersebut? Erm ramai yang tahu.. jadi tak payah ceritalah hehehe. Namun ramai yang tidak tahu apakah pantang larang keilmuan tersebut? Antaranya tidak bolih makan benda yang bercucuk seperti "Sate" dsbnya. Kalau langgar pantang larang apakah yang terjadi? Adakah memberi kesan sampingan atau bencana? Apa yang saya diberitahu, keilmuan menjadi tawar. Wallahu A'lam.

Paruh Burung Kenyalang

Pada suatu masa dahulu (menggantikan mukadimah " Pada zaman dahulu " hehehe), saya ke Pasar Minggu di Bandar KL. Menjadi minat saya melihat peniaga yang menjual barangan yang pelik. Saya dapati seorang lelaki berkopiah putih, menarik wajahnya yang lembut sedang menggergaji sesuatu, maka saya pun bertanya kepada beliau. Saya diberitahu ianya adalah " Paruh Burung Kenyalang ". Beliau memaklumkan kepada saya seorang anggota Polis telah menempah material tersebut. Katanya kepada saya " Kalau kamu hendak, bolih ambil lebihan yang dipotong, harganya RM40). Setelah beliau siap menggergaji material tersebut, lantas meletakkan kehidung saya dan mengatakan bau terbakar. Memang betul, hasil kerja menggergaji tersebut pastinya berbau "Hangit".

Saya bertanya kepada beliau apakah kegunaan Paruh Burung Kenyalang, khasiatnya kata beliau adalah sebagai "Penawar Racun". Alhamdulillah, diizinkan Allah, saya pun membeli material tersebut. Beliau telah memasukkan material tersebut kedalam sampul surat kecil berwarna putih, dan telah memberi no telefon untuk dihubungi, andainya terdapat sesuatu yang aneh pada material tersebut.

Setelah pulang kerumah, saya pun membuka sampul surat, material tersebut diletakkan bersama sedikit beras kunyit. Apabila saya pegang, ianya nampak bersinar dan seperti basah serta mengeluarkan bau yang sangat harum. Baunya seperti minyak atar. Disebabkan baunya yang harum, maka saya sering membawanya bersama didalam poket baju dan sering menunjukkan kepada kawan-kawan, mereka berkata kepada saya seolah-olah Paruh Burung Kenyalang itu adalah Ibu Minyak Atar.

Saya tidak pun menghubungi Penjual tersebut "Haji Sapari" yang datang dari Sarawak. Akhirnya material tersebut hilang, semasa saya bertugas di Bandar R iaitu ketika saya menghantar kenderaan untuk baik-pulih ataupun hilang di kawasan store semasa membantu kawan-kawan menurunkan barang daripada lori.

Pendapat peribadi saya, setiap yang Allah ciptakan ada kegunaan dan kelebihan tersendiri, cuma kita sebagai makhluk kena faham iaitu perlu mempunyai keilmuan dan jaga niat, agar tidak merosakkan Aqidah. Wallahu A'lam.