Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentangSesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalanya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ni.
"Assalammualaikum, Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika menghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka . Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ngikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.
Marilah kita sama-sam fikirkan. "Masya Allah..., penulis pernah terfikir dulu, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.. Jadi, penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
WALLAHUALAM....
Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira
Tuesday, September 15, 2009
Mujahadah
Kesucian hati tidak akan tercapai melainkan dengan perlaksanaan 2 perkara penting iaitu Mujahadah & Wirid Thoriqat.
Mujahadah ialah melawan godaan hawa nafsu iaitu belajar mengasuh nafsu diri sendiri dengan cara beransur-ansur supaya kita dapat menguasainya. Hendaklah kita faham bahawa nafsu itu menjadi talibarut bagi syaitan. Justeru itu adalah menjadi kewajipan kita untuk belajar mengenali bahawa nafsu kita sekarang adakah ia sedang dihasut oleh syaitan atau sebaliknya. Inilah yang penting dan amat perlu kita mengenalnya. Selepas itu hendaklah kita mujadahkan ia dan kita lawan ia. Firman Allah " Mereka yang bermujahadah pada jalan kami (ALLAH) nescaya kami beri pertunjuk kepada mereka jalan-jalan kami ."
Contoh mujahadah,
Menurut kebiasaan nafsu perut kita bersetuju kepada makanan yang sedap-sedap dan lazat. Makanan yang lazat itu menyebabkan kita makan dengan begitu banyak hingga menyebabkan kita menjadi malas untuk beribadat, maka kita mujahadahkan ia dan melawan ia dengan cara makan jangan sampai melampaui batas yang menyebabkan kita malas untuk beribadat. Hendaklah kita ajarkan ia supaya ia tunduk kepada kemahuan diri kita dengan memakan sedikti kadar yang menyedapkan kita dan merajinkan kita mengerjakan ibadat.
Wallahu 'aklam.

Monday, September 14, 2009
Sunday, September 13, 2009
Tempat Rekreasi Air Panas
Lokasi Air Panas ini adalah di Jalan Bentong Lama ke Bukit Tinggi. Dari arah Bandar Bentong tuan/puan akan dapat panduan ke lokasi ini melalui signboard. Andainya tuan/puan dari arah Kuala Lumpur (Lebuhraya Karak) tuan/puan perlu 'exit' di persimpangan sebelah kiri Bukit Tinggi, belok ke kanan, ikut jalan melalui Stesen Minyak BP, jumpa persimpangan, belok arah kiri. Di hari minggu insyaAllah agak ramai pelancong yang datang, kalau di waktu petang memang telah menjadi tempat persinggahan pemandu-pemandu lori atau trailer yang menggunakan jalan ini. Kalau nak rasa air lebih panas, tuan/puan mandi dikawasan kolam semulajadi, iaitu sumber utama air panas tersebut. Jangan risau taknye melecur kulit tuan/puan. Untuk kanak-kanak, memang ada kolam yang disediakan untuk mereka. Nak selesa, bawalah bekalan makanan, untuk makanan dan minuman ringan memang ada insan yang berniaga kat situ.
Masalah Lekat Tulang
Saranan saya kalau lekat tulang ini, bawalah ke Hospital atau Klinik. Andainya tulang tu kecil sahaja, bila telan air liur terasa sakit yang sedikit sahaja ataupun rasa kurang selesa bolihlah mencuba kaedah petua atau membaca Ayat Al-Quran sebagai usaha penyembuhan.
Kalau lekat tulang ini kebiasaannya, disuruh telan gumpalan nasi, roti atau buah pisang. Ada yang lebih power suruh minum minyak kelapa erm.. apa lagi sampai termuntahlah. Ada yang sengaja paksa suruh muntah agar tulang yang tersekat keluar. Tapi kalau kena yang tulang berbentuk Y memang payah sedikit.
Petua oranglah ye.., suruh minum air dalam senduk nasi, ada yang suruh minum air cucur atap, ada yang suruh minum air dalam tudung periuk. Satu petua yang agak logik saya perolehi daripada sahabat saya kaum Melanau di Sarawak. Caranya tuan/puan kepit kat cuping telinga dengan pengepit kuih, atau jenis pengepit pastu minum air dari dalam senduk.
Ayat Al-Quran yang digunakan untuk tujuan tersebut adalah, Surah Al-Ambiya' ayat 87 - 88.
Dibacakan pada air, sebelum minum baca Bismillah dan selawat 3X.

Bukit Fraser, Pahang.

Lata Jeriau, Bukit Fraser

Cantik tak gambar burung ini? Lokasi gambar di ambil adalah di pokok berhampiran Kedai Makan bersebelahan dengan Masjid Bukit Fraser. Kebiasaannya bukan seekor aje, ada lagi kawan burung tersebut. Sambil menjamu selera kat kedai tersebut, andainya nasib tuan/puan bolihlah memerhatikan burung-burung yang pelbagai jenis yang datang kesitu.
Di Bukit Fraser memang setiap tahun diadakan program ambil gambar burung (pertandingan), tetapi bukan dimasa itu pun memang ramai pelancong dari luar datang melakukan aktiviti tersebut,sambil menikmati udara yang segar, bersih dan nyaman. Apa istimewanya Bukit Fraser? Pendapat peribadi saya adalah, tempat amat sesuai untuk istirehat, tetapi bagi yang suka bab hiburan payah le sikit kot. Untuk kanak-kanak bolihlah menunggang kuda, orang dewasa pastinya GOLF atau Memanah. Jungle Trail pun banyak, tetapi kalau nak lakukan aktiviti tersebut, sebaiknya gunalah pemandu pelancong atau buat lapuran kat Balai Polis, nanti tersesat pasti menyusahkan banyak pihak.
Sekarang ini makin cantik dah Bukir Fraser nih, bangunan yang tepi Padang Golf dekat Jam Besar telah diubah suai dan banyak infrastructure dibaiki atau ditambah. Semuga makin ramai pelancong akan datang ke Bukit Fraser. Erm.. kat Lata Jeriau pun dah Ok, dibawah seliaan Jabatan Perhutanan. Dulu cam terbiar sikit. Pelancong yang datang melalui jalan Kuala Kubu Bharu kira beruntung sikit sebab akan menempuh Empangan yang begitu cantik pemandangannya lebih lagi diawal pagi atau petang. Kat tepi jambatan berhampiran penempatan baru Pertak, kita dapat lihat ramai pemancing. Sekarang ini air begitu surut, jadi takdelah pemancing. Yang suka ambil air yang keluar dari bukit pun bolih dapatkan air tersebut, kadangkala saya lihat pakat dok beratur menunggu giliran untuk mendapatkan air tersebut.
Yang leceh sikit adalah jalan sehala dari Gap ke Bukit Fraser, waktu naik Ganjil dan waktu Turun adalah Genap. Alhamdulillah, kemudahan di Bukit Fraser dan Gap telah pun diperbaiki. Dulu nampak serabut, malu weh.. bila pelancong luar negara tengok. Camno bolih berubah mengejut? Erm bila Baginda Sultan Pahang beri teguran. Sultan memang ada Istana Hinggap kat sana. InsyaAllah dimasa yang lain saya akan masukkan gambar yang menarik kat Bukit Fraser.
Saturday, September 12, 2009
Produk Rawatan Keluaran RAINS

Produk ini adalah keluaran RAINS, saya selalu menggunakannya untuk tujuan rawatan samada untuk diri sendiri atau pesakit. Siapa yang berminat bolihlah layari blog RAINS atau email kepada saya http://mencupu.blogspot.com/
Sakit Perut
Malam tadi saya mencerita mengenai sakit perut. Umumnya kalau sakit perut yang seperti rasa memulas aje (angin), kalau kat kampung saya sering makan pucuk jambu padang (jambu kecil yang banyak biji). Saya juga menggunakan ubat jenama ACTAL samada yang berwarna putih ataupun kuning, alhamdulillah kebiasaannya mujarab.
Kaedah merawat orang dulu-dulu adalah dengan memakan Bawang Putih yang dibakar mulai bilangan ganjil, contohnya bermula dengan 7 kemudian 5 dan 3 (rawatan 3 hari). Boleh juga minum air halia yang dicampur sedikit lada hitam. Untuk jenis minuman, tuan/puan bolih cuba minum air keluaran ECPI.
Alhamdulillah sakit perut saya sembuh dengan mengikut pesan Nabi, iaitu menggunakan Madu Lebah. Kat rumah saya memang ada Madu Tualang, sebelum minum saya bacakan selawat Syifa' dan doa untuk sakit yang Nabi ajar dan berdoa kepada Allah mohon kesembuhan.
Semuga info ini memberi manafaat kepada tuan/puan yang membacanya. Andainya sakit perut itu serious, saya lebih utamakan tuan/puan mendapatkan rawatan di Klinik atau Hospital.

Friday, September 11, 2009
Sakit Gigi
Bila kita disoal "sakit apakah yang paling sakit?" Jawapannya adalah " SAKIT TENGKOK" hehehe. Bagi saya adalah "SAKIT GIGI".
Terlalu kuat dugaan di ramadhan tahun ini, dah empat hari dok sakit gigi, alhamdulillah hari ini Ok sikit. Nak dicabut gigi tengah sakit, erm sampai jadi pening kepala, takut beri kesana negatif pada kepala pula. Makan dah ubat sakit gigi, tetapi masih sakit. Macam-macam ikhtiar dibuat, isteri kata guna bunga cengkih, saya lakukan, guna gambir Sarawak.. erm tak jalan, lidah pula jadi kebas (senyor kata oghang Pahang). Ssapu minyak cap kapak, tampal koyok (Pelaster Jepun kata Oghang Perak). malam tadi cukup menyakitkan, solat Isya' pun kul 12 tgh malam, pastu sambung Solat Terawikh dan Sunat yang lain. Sahur pagi tadi cuba cara lain, makan ubat resdung, Alhamdulillah lega sikit, lepas berbuka tadi saya makan lagi ubat tersebut. Semuga Allah kurniakan kesembuhan. Gigi dah Ok sikit, ni perut pula dok meragam... dugaan betul.
Ada perawat yang menggunakan paku dan kayu untuk mengubat sakit gigi. Orang dulu-dulu suka menggunakan kaedah ini. Ayat Al-Quran yang digunakan untuk mengubat sakit gigi adalah daripada Surah Al-Mulk ayat 23 dan Surah Al-An'am ayat 13.

Wednesday, September 9, 2009
IKAN PARI

PENGHIJRAHAN ARMADA IKAN PARI Bagai dedaun yang terapung-apung di tengah lautan, beribu-ribu Ika n Pari kelihatan berkumpul di lautan Mexico . Kejadian yang memukau ini dirakam ketika armada makhluk-makhluk ini melakukan penghijrahan. Dengan meluncur di bawah ombak, ia mengubah lautan biru menjadi kuning keemasan. Seorang jurugambar amatur, Sandra Critelli merakam foto indah ini. Katanya, “Seperti lukisan… permukaan air seperti dipenuhi dedaun musim luruh yang melayang ditiup angin.

”Berukuran lebar kepaknya 2.1 meter, ia meliputi seluruh kawasan sekitar… bukan sahaja di permukaan, malah terdapat yang bergerak di lapisan-lapisan bawah.” “Pada waktu penghijrahan, sebanyak 10,000 ekor ikan pari akan bergerak dalam satu angkatan.”
Surah Asy-Syura
29. Di antara (ayat-ayat) tanda-tanda-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.
Wallahu 'aklam.
Subscribe to:
Posts (Atom)