Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Saturday, September 12, 2009

Sakit Perut

Malam tadi saya mencerita mengenai sakit perut. Umumnya kalau sakit perut yang seperti rasa memulas aje (angin), kalau kat kampung saya sering makan pucuk jambu padang (jambu kecil yang banyak biji). Saya juga menggunakan ubat jenama ACTAL samada yang berwarna putih ataupun kuning, alhamdulillah kebiasaannya mujarab.

Kaedah merawat orang dulu-dulu adalah dengan memakan Bawang Putih yang dibakar mulai bilangan ganjil, contohnya bermula dengan 7 kemudian 5 dan 3 (rawatan 3 hari). Boleh juga minum air halia yang dicampur sedikit lada hitam. Untuk jenis minuman, tuan/puan bolih cuba minum air keluaran ECPI.

Alhamdulillah sakit perut saya sembuh dengan mengikut pesan Nabi, iaitu menggunakan Madu Lebah. Kat rumah saya memang ada Madu Tualang, sebelum minum saya bacakan selawat Syifa' dan doa untuk sakit yang Nabi ajar dan berdoa kepada Allah mohon kesembuhan.

Semuga info ini memberi manafaat kepada tuan/puan yang membacanya. Andainya sakit perut itu serious, saya lebih utamakan tuan/puan mendapatkan rawatan di Klinik atau Hospital.

Wallahu 'aklam.