Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira
Wednesday, September 9, 2009
IKAN PARI
PENGHIJRAHAN ARMADA IKAN PARI Bagai dedaun yang terapung-apung di tengah lautan, beribu-ribu Ika n Pari kelihatan berkumpul di lautan Mexico . Kejadian yang memukau ini dirakam ketika armada makhluk-makhluk ini melakukan penghijrahan. Dengan meluncur di bawah ombak, ia mengubah lautan biru menjadi kuning keemasan. Seorang jurugambar amatur, Sandra Critelli merakam foto indah ini. Katanya, “Seperti lukisan… permukaan air seperti dipenuhi dedaun musim luruh yang melayang ditiup angin.
”Berukuran lebar kepaknya 2.1 meter, ia meliputi seluruh kawasan sekitar… bukan sahaja di permukaan, malah terdapat yang bergerak di lapisan-lapisan bawah.” “Pada waktu penghijrahan, sebanyak 10,000 ekor ikan pari akan bergerak dalam satu angkatan.”
Surah Asy-Syura
29. Di antara (ayat-ayat) tanda-tanda-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.
Wallahu 'aklam.