Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Thursday, September 30, 2010

Perkhidmatan UNIFI


Ini Bukan Fuyoo Magic...

Wednesday, September 29, 2010

Esoklah Makcik A!

Makcik A mengupahkan Pemuda P untuk membersihkan kawasan rumah beliau, maklumlah anak-anak semuanya bekerjaya dan tinggal di bandar. Makcik M perhatikan Pemuda P hanya bersandar di pokok kelapa dan Makcik A pun bertanya kepada Pemuda P kenapa masih tidak memulakan kerja? Pemuda P pun menjawap " Saya laparlah Makcik ".  Makcik M berasa kasihan kepada Pemuda P dan berkata kepada Pemuda P, " Tunggu sebentar, Makcik siapkan makanan ". Makcik A pun memberi makanan dan minuman kepada Pemuda P tadi.

Hampir 1 jam Makcik A menjenguk keluar, didapati Pemuda P masih berada ditempat yang sama, kelihatan tidur, maka Makcik A pun mengejutkan Pemuda P dan bertanya kepada Pemuda P, kenapa masih belum memulakan kerja? Pemuda P pun menjawap " Tadi saya lapar, sekarang dah kenyang dan jadi mengantuk, sebab itu saya tidur ". Beliau memaklumkan kepada Makcik A " Esoklah Makcik A saya buat kerja, hari pun dah tengahari ni, panas.".

Senyum kelat ajelah Makcik A... hehehe.

Jasamu di kenang

Penyebaran Agama Kristian

DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR ... Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus...untuk memurtadkan umat Islam. Sekian.. SILA SEBARKAN RISALAH INI

Sunday, September 26, 2010

Jual beli durian

Encik A membeli buah durian daripada seorang penjual durian dari masyarakat peribumi, setelah selesai urusan jual beli didapati sebiji daripada buah durian tersebut kurang elok, maka beliau pun memberitahu penjual durian tadi untuk menukar kepada yang lain, beliau diberitahu bahawa buah durian itu tidak bolih ditukar. Encik A pun bertanya, kenapa tak bolih tukar? Jawapan yang diberi "Sebelum Encik beli itu durian saya, bolihlah tukar, tetapi bila encik sudah beli itu dah jadi durian Encik, mana bolih tukar lagi!".

Siapa lebih cerdik?

Bapa saudara rakan saya telah pergi sebuah perkampungan masyarakat pribumi untuk membeli kambing, apabila ditanya kepada Tok Batin, diberitahu harga seekor kambing adalah RM600, aduh... mahal nih!,maka beliau bertanya kepada Tok Bathin, kambing tersebut milik siapa? Maka bapa saudara rakan tadi pun berjumpa tuan punya kambing untuk berunding (tawar/menawar) harga, beliau diberitahu harga seekor kambing tersebut adalah RM500 (Tok Batin pandai bab business hehehe), minta kurang masih tidak bolih, maka bapa saudara rakan bertanya 1 ekor harga RM500 kalau saya beli 2 ekor dengan harga LIMA RATUS SETENGAH  bolih? Tuan punya kambing pun bersetuju, beliau mungkin keliru dengan ayat SETENGAH. Apakah beliau cuba memperbodohkan masyarakat peribumi tersebut? Jawapannya tidak, beliau terlebih dahulu di tipu olih mereka dengan menjual separuh daripada durian (kapasiti muatan HILUX) adalah durian muda. Jangan kita salah sangka dengan mengatakan masyarakat pribumi ini kurang pelajaran, mereka telah pun mendapat pendidikan pelajaran yang cukup baik, cuma masalah bahasa yang menyebabkan mereka tewas. Kalau tuan/puan membeli petai yang dijual di tepi jalan contohnya dari Pertak ke Kuala Kubu Baru, yang dikatakan jumlah 100 keping belum tentu cukup. Kalau rajin kiralah sendiri.

Apabila dah lama tak merawat

Dibulan ramadhan yang lalu, ketika sedang lenok (asyik/leka) membaca akhbar, saya dipanggil untuk melihat seorang makcik yang tidak sedar walaupun dibangunkan dari tempat pembaringan, di sapu/lap air di muka dan badan masih tetap tidur. Menantu dan anak saudara dah jadi cemas, kebetulan suami beliau pula ada urusan diluar. Maka saya mengajak isteri kerumah tersebut, dekat sahaja rumah tu.

Setiba dirumah tersebut saya lihat, anak saudara, menantu dan jiran cuba menyedarkan beliau dari tidur.  Maka spray air ruqyah kat ubun2, masih tetap tidur, kemudian langkah kedua saya hidukan atar kasturi hitam kat hidung masih tetap sama, termenung sekejap, nak ikhtiar bagaimana lagi? maka saya teringat doa Arasy (saya istiqamah doa ini, iaitu saya baca setiap lepas solat fardhu), sebut Allahu Akbar.. terus tiup kat ubun2, diizinkan Allah.., terus bangun Makcik ini.., dan bertanya kepada menantu dan anak saudaranya, "kenapa dengan aku ini?". Saya diberitahu Makcik ini tidur sebentar untuk menunggu waktu solat asar.

Bila lama tak merawat camnilah jadinya. Bukan tak sudi nak merawat, saya merawat keluarga terdekat dan yang datang rumah secara mengejut. Sebelum ini pun ada 1 kes, gatal dan bengkak seluruh anggota badan, saya bantu merawat menggunakan Garam dan rukyah air untuk minuman, dizinkan Allah, alhamdulillah sembuh.

Sebenarnya banyak kes berat2, saya transfer kepada sahabat yang lebih arif bab rawatan. Sekarang ini saya fokus untuk bimbing anak lelaki saya dan rakan-rakan yang berminat. Wallahu A'lam.

Iklan cari menantu


Macam-macam ada, ada gak kisah anak jiran kat sini, semasa berkenalan diberitahu rakan cyber ini seorang Dr..., untuk pertemuan yang pertama dibatalkan atas alasan saudara meninggal dunia, ingatkan dah senyap, pastu ada perjumpaan susulan, maka anak jiran ini bersama kawan-kawan pun pergilah bertemu dengan gadis tersebut, memang confirm beliau seorang Dr.., cuma masalah usia akhir 20an dan jadi akhir 30an, yang anak jiran ini usia beliau 27 tahun. Ibu kat OK, bapa kata NOK.., kalau dah jodoh pasti tak kemana.., dapat makan khendurilah nanti..

Wednesday, September 22, 2010

Santau/Santet & Barah (cancer)

Ada insan yang berbicara mengatakan ramai orang Melayu sering tersilap faham mengenai penyakit santau, sebenarnya bukan santau tetapi adalah barah. Benarkah begitu? Sahabat saya menceritakan kawannya kini sedang dirawat di ICU, manakala rakannya kurang mempercayai penyakit santau dan mengatakan ianya penyakit barah. Pesakit ini telah mendapatkan rawatan di Hospital, hasil ujian yang dilakukan dimaklumkan normal, sakit kian teruk akhirnya kini agak tenat di Hospital Kuala Lumpur. Wallahu A'lam.

Bomoh & Perawat

Kelmarin semasa berbual dengan rakan yang datang dari Kuantan (beliau menyelia project), bekas Boss dan rakan sekerja, rakan dari Kuantan mengatakan Bomoh dengan Perawat adalah sama, Bomoh bila merawat akan meminta bayaran, saya komen pendapat beliau.., pesakit asyik fokus.. "perawat kena ikhlas", saya tanya kepada rakan saya " Adakah bayaran RM20 mencukupi untuk seorang perawat yang datang dari Kemaman untuk merawat di Kuantan?". Mereka terus diam, saya tambah lagi, kalau untuk rawatan moden sekadar untuk nasihat sahaja dikenakan bayaran yang tinggi pesakit sanggup bayar, untuk perawat pula nak hadiah RM10 pun payah.., ayat mudah.. "Dame pikior le sendiri".

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Eidul Fitri, 1431H

Ingatan Tulus Ikhlas kepada pengunjung blog mencupu..
Semuga sentiasa ceria dan gembira di hari yang mulia,
sentiasa di dalam rahmat, lindungan dari ALLAH
&
berada di dalam NUR dan kasih sayang dari ALLAH.

Thursday, September 2, 2010

Awas dengan barangan ini

Ramadhan di Iran

Wednesday, September 1, 2010

Mutiara Nasihat Al-Habib Umar

MUTIARA KATA AHLUL BAIT


(petikan dari web pondokhabib.wordpress.com)

1. Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu niscaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah

2. Barang siapa Semakin mengenal kepada allah niscaya akan semakin takut.

3. Barang siapa yang tidak mau duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barang siapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.

4. Barang siapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.

5. Barang siapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan mengabdi padanya. Dan barang siapa percaya pada risalah, maka ia akan menanggung (sabar) karenanya. Dan barang siapa yang membenarkan risalah, maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.

6. Kedekatan seseorang dengan para nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.

7. Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.

8. Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.

9. Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.

10. Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa yang diinginkan.

11. Barang siapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan setetes hawa nafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.

12. Sesaat dari saat-saat khidmat (pengabdian) , lebih baik daripada melihat arsy dan seisinya seribu kali.

13. Menyatunya seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah SAW. Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah SAW merupakan permulaan untuk fana pada Allah (lupa selain Allah)

14. Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan, golongan yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud dan golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.

15. Barang siapa yang menuntut keluhuran, maka tidak akan peduli terhadap pengorbanan.

16. Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.

17. Beliau RA berkata tentang dakwah, Yang wajib bagi kita yaitu harus menjadi daI dan tidak harus menjadi qodli atau mufti (katakanlah wahai Muhammad SAW inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku) apakah kita ikut padanya (Rasulullah) atau tidak ikut padanya? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

18. Syetan itu mencari sahabat-sahabatnya dan Allah menjaga kekasih-kekasih- Nya.

19. Apabila ibadah agung bagi seseorang maka ringanlah adap (kebiasaan) baginya dan apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati seseorang maka akan keluarlah keagungan adat darinya.

20. Bila benar keluarnya seseorang (di dalam berdakwah), maka ia akan naik ke derajat yang tinggi.

21. Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut pada kholiq (pencipta) dan keluarkanlah berharap pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Sang Kholiq.

22. Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari lemahnya iman.

23. Hakikat tauhid adalah membaca Al Qur’an dengan merenungi artinya dan bangun malam.

24. Tidak akan naik pada derajat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).

25. Barang siapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.

26. Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.

27. Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.

28. Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.

Posted by Raudhah al-Syifa'