Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, August 28, 2009

High Speed Broad Band (HSBB)

Sambungan jalur lebar kini dianggap sebagai satu
keperluan utama dalam infrastruktur nasional.

Sambunagn jalur lebar akan meningkatkan
kemajuan negara dalam menuju aspirasi dan ekonomi
berasaskan pengetahuan.

HSBB dengan lebar jalur melebihi 20Mbps
kini semakin digunakan oleh banyak
negara dan telco (Telecomunication Company)

Sebagai enjin pertumbuhan seterusnya untuk ekonomi
Malaysia dan untuk mengemudi kea rah menjadi
sebuah Negara maju menjelang 2020

Menggerakkan Malaysia ke barisan hadapan
perkhidmatan maklumat, komunikasi danMultimedia
di rantau ini.

Membantu menarik pelaburan antarabangsa baru dan
modal insane berbakat untuk Negara.

Membantu memperkenalkan pembangunan
industri/perniagaan baru dan mewujudkanKerja-kerja
baru.

Selain inisiatif HSBB yang kini giat dibangunkan, TM Net
juga sedang berusaha membawa satu pengalaman baru
dalam bidang hiburan kepada pelanggan-pelanggannya
melalui teknologi IPTV ( 'Internet Protocol Television').
Dengan IPTV, perkhidmatan televisyen digital akan
disalurkan secara terus ke kediaman pelanggan melalui
jaringan protocol internet tertutup, iaitu jaringan HSBB TM.
Perkhidmatan ini akan membolehkan pengguna menikmati
siaran TV berkualiti tinggi, termasuk dalam bentuk
‘high-definition’. Selain itu, perkhidmatan ‘Video-On-Demand’
juga mampu dibekalkan kepada pengguna, di mana
pelanggan boleh menonton rancangan pilihan mereka
pada waktu-waktu yang mereka inginkan.

Sakit Dada

Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a, ia berkata pernah
ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah seraya berkata:
" Saya merasa sakit di dadaku. " Lalu Baginda bersabda
kepadanya " Bacalah Al-Quran "

1. Bacalah Surah Al-Insyirah (3X) dan ayat 57 Surah Yunus.

2. Bacalah Surah Al-Insyirah dan ayat 25-28 Surah Thoha.

3. Bacalah Surah Al-Fatehah pada Air Zam-Zam, sebahagiannya
diberi minum dan sebahagian lagi disapu pada dada.

Sebagai usaha ikhtiar, saya sering membaca Surah Al-Insyirah
(7X) dan Ayat 57 Surah Yunus (3X) menyapu air pada
dada pesakit. Juga membaca Selawat Tafrijiah,
tiup ke dada pesakit sambil berdoa kepada Allah untuk
menyembuhkan sakit tersebut.

Wallahu 'Aklam.

Keselamatan jalanraya

Daripada kediaman saya ke Bandar Kuala Lipis yang jaraknya
16 Km memang banyak Garisan Kuning di atas Jalanraya.
Saya pastinya tidak faham kenapa Garisan Kuning dibuat
dikawasan tersebut. Pastinya Simpang Jalan, Selekoh dan
Berhampiran Lintasan ke Sekolah.

Memang elok dibuat Garisan Kuning tersebut tetapi biarlah
"Standard". Kadangkala kenderaan yang menempuh Garisan
Kuning akan melajukan kenderaan untuk mengurangkan
gegaran pada kenderaan.

Bagi pengguna jalanraya dari Raub ke Gua Musang, Kelantan
antara Garisan Kuning yang akan memberi kesan kerosakan
pada kenderaan adalah di Jeram Besu, Kg. Relong dan Merapoh.
Ada sahabat rakan saya yang hampir terjatuh daripada Motosikal
berkuasa tinggi apabila melalui Garisan Kuning di Merapoh.
Kalau kenderaan lama yang pendawaian litar yang tidak
sempurna maka akan dapat hasilnya. Untuk kenderaan yang
Penyerap Hentakan sudah rosak, apa-apa material yang diletak
di atas "dashboard" seperti HP, tolonglah simpan pasti tercampak.

Paling menggerunkan adalah Garisan Kuning diatas Jambatan
yang menyambungkan Bandar Baru dan Bandar Lama K. Lipis.
Apabila kenderaan berat melalui Garisan tersebut, terasa
bergegar jambatan (rasa mengenjut). Elok sangat buat garisan
tersebut selepas jambatan ada Lampu Isyarat, tetapi janganlah
tinggi sangat (terlalu tebal) Garisan tersebut.

Semasa saya menyediakan Thesis mengenai Sistem Pengangkutan
di Bandar Kuala Lipis, saya telah bertemu dengan Pegawai Majlis
Daerah Lipis yang bertanggung jawap di bahagian Teknikal,
beliau maklumkan bahawa mereka serah urusan tersebut kepada
Perunding dari luar. Apa yang saya faham, sistem tersebut amat
melucukan. Dimanakah sistem jalanraya terbaik didunia? Adakah
UK, USA ataupun di Negara Asia seperti Japan dan Hongkong?
Jawapn sebenar adalah Negara Brazil.

Menyampaikan berita penting

Malam tadi saya pulang agak lewat dari surau, anak maklumkan
bahwa ada msg di HP. Setelah diperiksa, didapati msg daripada
sahabat lama saya dari Puchong memaklumkan Ustaz Ismail
Kamus meninggalkan dunia. Maka saya dengan pantas forward
msg berkenaan kepada rakan-rakan lain. Tak sampai 15 minit
saya terima lagi sms daripada saya saya tersebut,
memaklumkan yang meninggal bukan Ustaz Ismail Kamus
tetapi memang namanya Ismail. Menjadi kewajipan saya untuk
memaklum kembali kepada rakan-rakan yang telah saya
forward msg tersebut.

Ianya memberi pengajaran kepada saya agar selidiki dahulu
berita tersebut sebelum forward kepada rakan-rakan, sebab
perkara sebegini sering berlaku kesilapan seperti berikut :-

1. Saya sms kepada rakan " Emak Kamaruzaman Yaacob
meninggal dunia". Kawan yang menerima msg tersebut telah
menghubungi kawannya memaklumkan Kamaruzaman yang
meninggal, disebabkan perkataan Emak disangka Encik.

2. Terima msg " Abang Idris meninggal dunia ". Ramai yang
terima msg menjangkakan Idris yang meninggal, tetapi
sebenarnya Abang kepada Idris yang meninggal dunia.

Saya tidak menyalahkan sahabat dari Puchong sebab beliau
hanya menerima berita dan cuba memaklumkan kepada
rakan-rakan, malangnya berita yang beliau terima itu salah.

Wednesday, August 26, 2009

Bersahur

Perbezaan antara puasa orang Islam dan puasa ahli kitab ialah
makan sahur." - Hadis riwayat al-Tirmizi"

Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma."
-Hadis riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi"

Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu
meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air.

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas
orang-orang yang makan sahur." - Hadis riwayat Ahmad."

Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu
makan sahur itu terdapat keberkatan."
- Hadis riwayat al-Bukhari

Tuesday, August 25, 2009

Selawat Tafrijiah


Wahai Allah! rahmatilah penghulu kamu Muhammad dengan rahmat yang sempurna dan sejahterakanlah ia dengan kesempurnaan yang sempurna, lerai dengannya segala ikatan dan terbebas darinya segala kesempitan dan tertunai segala hajat dan diperolehi dengannya keinginan dan meninggal dunia dalam husnul khotimah dan diberi minum dengan air dari langit dengan berkat wajah-Mu yang Maha Mulia dan rahmatilah ahli keluarga dan para sahabatnya dalam setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan yang Engkau ketahui.
Molek sangat kalau tuan/puan hafal selawat ini. Banyak fadhilatnya. Keberhasilannya adalah dengan izin Allah.

Untuk Orang Di Lepih (K.Lipis)


Persaingan amat hebat di persada perniagaan, kalau
leka pasti tertinggal di belakang. Anak teman
berkerja kat D'RZ. Jadinya minta tolong abahnya
buatkan pamphlet. Kat notebooks teman nih
mana ada special software. Jadi buat alokador
ajelah. Kira lepaslah sesak anak teman tu.

Ikhlas

DALAM satu Hadis Qudsi, Rasulullah saw bersabda,
maksudnya:

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
"Akulah yang paling tidak memerlukan sekutu.
Sesiapa mengamalkan sesuatu dan menyengutuinya
dengan yang lain (selain daripada-Ku), maka bahagian-Ku
adalah untuk yang lain itu, kerana aku tidak menerima
kecuali apa yang dikerjakan dengan ikhlas untuk-Ku".
Demikianlah betapa pentingnya ikhlas dalam menjalani
hidup yang semata-mata untuk beribadat kepada Allah.
Ikhlas menentukan penerimaan amal ibadat. Tanpa ikhlas,
satu-satu amalan itu ditolak oleh Allah swt.

Ikhlas bermaksud, menumpukan niat bagi setiap kerja
ibadat atau amalan semata-mata kerana Allah dan untuk
Allah. Ikhlas yang sebenar-benarnya ikhlas sudah tentulah
bersih hati daripada unsur riya', nifaq dan ‘ujub. Antara
ayat-ayat lain dalam al-Quran yang memperkatakan tentang
ikhlas ialah :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya
aku diperintahkan supaya menyembah Allah dalam mengikhlaskan
agama (ibadah) kepada-Nya”. (Surah al-Zumar:11);
Katakanlah: “Allah jualah yang aku sembah dengan
mengikhlaskan amalan agamaku kepada-Nya”.
(Surah Az-Zumar:14);Dan tiadalah mereka disuruh
melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan
agama kepada-Nya. (Surah al-Bayyinah : 5).

Berdoa

Diantara sifat hamba-hamba Allah yang beriman adalah selalu
memohon doa kepada NYA agar diberi keteguhan keimanan,
seperti doa yang tertulis dalam firman Allah:

(Surah Ali 'Imran)
Ayat 8. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau
beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami
rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah
Maha Pemberi (kurnia)."

Agar hati tetap teguh, maka Rasulullah SAW banyak memanjatkan
doa seperti berikut, " Wahai Dzat pembolak-balik hati,
teguhkanlah hatiku pada agamaMU. " (HR: At Tarmidzi)

Logistics

Logistics
Logistics is the process of planning, implementing and
controlling the efficient, effective flow and storage of goods,
services and related information from point of origin to
point of consumption for the purpose of conforming to
customers requirements.

Development of logistics
•Logistics is a thousand years old- recent wars
•Deregulation-service providers more creative, customer
oriented and competitive
•Competitive pressures-globalisation- cost management
•Information technology development-impact
•Customer service- logistics as a strategic weapon
•Distribution channel power- the shifting of power from
manufacturers to players in the distribution channel
•Continuous change- New approaches & strategic
changes-adaptation to global market

Logistics in the economy
•Plays a influential role in the economy.
•Logistics is one of the major investments in both the

domestic and international business environment
•Supports the economic transactions in the sales and

services.
•Logistics provides the 7 rights in the business transaction

product/materials/services origin to consumption

Logistics and the 7 Rs

•Logistics activities should ensure the:
•Right product
•Right price
•Right place
•Right time
•Right condition
•Right amount

Key logistics activities
Customer service
Demand forecasting/planning
Inventory management
Logistics communications
Materials handling
Order processing
Packaging
Parts and service support
Plant and warehouse selection/location
Procurement
Returns goods handling
Reverse logistics
Traffic and transportation
Warehouse and storage management

Peter S Arokia

Sunday, August 23, 2009

Keutamaan menziarahi orang sakit



Ketika menziarah pesakit, berdoalah kepada Allah agar
disembuhkan penyakit yang dihidapi olih pesakit.
"As-alullahal 'azim, rabbal 'arsyil 'azim, 'ai yasyfiyak (7x)
Maksudnya : Aku memohon kepada Allah yang Maha
Agung, Tuhan Arasy yang Maha Agung, semuga DIA
menyembuhkanmu
Hadith hasan riwayat Daud dan Al-Tarmizi.

Terompah


Belajar Bahasa Arab


kepada yang berminat sila hubungi wanrusli.net@gmail.com
atau sms ke nombor 013-6615949 (Wan Rusli)

Saturday, August 22, 2009

Makmum Selesai Membaca Al-Fatihah Terdahulu Dari Imam

Jika ma'mum membaca Al-Fatihah dan selesai bacaannya
terdahulu dari imam, maka menurut pendapat Al-Baghawi
aula baginya jangan menyebut Aamiin sehingga lebih dahulu
disebutkan olih imam, tetapi menurut pendapat Imam
Al-Nawawi ma'mum itu kenalah mengaminkan bacaannya
dan setelah itu mengaminkan pula sebutan Aamiin imamnya.

MASALAH IMAM DAN MA'MUM
(Yusoff Zaky Yacob)

saya menyarankan tuan/puan membeli buku ini.
Terbitan Dian Darulnaim Sdn Bhd.

Bidadari Di Syurga

Jika salah seorang dari bidadari itu melihat ke bumi,
nercaya reduplah sinar matahari dan bulan, akibat
dari sinar kecantikannya. Jika menitis ke dunia satu
titis dari air liurnya, nescaya air laut itu menjadi tawar
kerana manisnya air liurnya.

Friday, August 21, 2009

Thursday, August 20, 2009

TIPS MUDAH STREAMYX


TIPS MUDAH STREAMYX

Gaya hidup digital hari ini memerlukan sambungan internet
yang pantas dan lancar walau di mana anda berada. Justeru,
ianya sangat penting buat kami untuk memenuhi keperluan
anda bagi memastikan anda mendapat pengalaman melayari
internet yang terbaik.


Keberkesanan kelengkapan anda dapat membantu dalam
memastikan sambungan internet tidak terganggu. Oleh itu,
adalah penting bagi kami untuk memastikan bahawa
Kelengkapan Premis Pelanggan (CPE) anda bersesuaian
dengan sistem internet TM.

Semak beberapa tips di bawah bagi menikmati
perkhidmatan Streamyx yang memuaskan:


• Pastikan modem ADSL berada dalam keadaan yang baik
• Pastikan semua CPE yang disambungkan pada telefon
dan sistem internet bersesuaian dengan sistem internet TM
• Senaraikan bantuan profesional bagi mengkonfigurasi router
ADSL anda untuk mengelakkan daripada sebarang gangguan
rangkaian
• Pastikan pendawaian dalaman, telefon dan kabel internet
disambung dengan betul
• Pastikan perkakasan komputer dan perisian anda dikonfigurasi
dengan betul
• Pastikan kelengkapan CPE yang lain seperti sistem penggera,
router, mesin faksimili dan hub diselenggara dengan baik.
• Gunakan perisian yang tulen bagi mengelakkan CPE
anda daripada sebarang kandungan internet yang
membahayakan.

Ramadhan Bulan Penuh Keberkatan

Selamat menunaikan ibadah puasa 1430 Hijrah. Semuga Allah kurniakan keafiatan yang berkekalan untuk kita beribadah kepadaNYA.

Dimalam bulan ramadhan saya suka menghiasi rumah dengan panjut, nawaitu saya hanyalah untuk mentampakkan perbezaan Malam Ramadhan dengan malam-malam lain, tidak menunggu tarikh tertentu untuk memasang panjut.

Wednesday, August 19, 2009

Penyembuhan dengan Al-QUR'AN


Orang yang meragukan bahawa Al-Qur'an menjadi tidak berfungsi
sebagai sarana penyembuhan terhadap sesuatu penyakit , ia meragukan
akan keampuhan Al-Qur'an sebagai ubat, bermaksud ia tidak meyakini
bahawa Al-Qur'an itu adalah Syifa'. Olih sebab sedemikian, ia menjadi
penghalang untuk mendapat kesembuhan dari Allah melalui
ayat-ayat Al-Quran.