Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Tuesday, August 25, 2009

Ikhlas

DALAM satu Hadis Qudsi, Rasulullah saw bersabda,
maksudnya:

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
"Akulah yang paling tidak memerlukan sekutu.
Sesiapa mengamalkan sesuatu dan menyengutuinya
dengan yang lain (selain daripada-Ku), maka bahagian-Ku
adalah untuk yang lain itu, kerana aku tidak menerima
kecuali apa yang dikerjakan dengan ikhlas untuk-Ku".
Demikianlah betapa pentingnya ikhlas dalam menjalani
hidup yang semata-mata untuk beribadat kepada Allah.
Ikhlas menentukan penerimaan amal ibadat. Tanpa ikhlas,
satu-satu amalan itu ditolak oleh Allah swt.

Ikhlas bermaksud, menumpukan niat bagi setiap kerja
ibadat atau amalan semata-mata kerana Allah dan untuk
Allah. Ikhlas yang sebenar-benarnya ikhlas sudah tentulah
bersih hati daripada unsur riya', nifaq dan ‘ujub. Antara
ayat-ayat lain dalam al-Quran yang memperkatakan tentang
ikhlas ialah :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya
aku diperintahkan supaya menyembah Allah dalam mengikhlaskan
agama (ibadah) kepada-Nya”. (Surah al-Zumar:11);
Katakanlah: “Allah jualah yang aku sembah dengan
mengikhlaskan amalan agamaku kepada-Nya”.
(Surah Az-Zumar:14);Dan tiadalah mereka disuruh
melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan
agama kepada-Nya. (Surah al-Bayyinah : 5).