Alhamdulillah, kerana kita telah dapat menunaikan Solat Eidul Adha & Solat Jumaat pada hari yang sama. Solat Eidul Adha dilaksanakan pada jam 8.00 pagi di Masjid kariah kami.
Kepada tuan/puan yang akan atau sudah melakukan ibadah korban, sebagai pengetahuan umum eloklah tuan/puan tahu kaedah mudah untuk mengenali binatang sembelihan iaitu Lembu yang telah cukup umur. Penjual biasanya memang ada penanda tertentu, tetapi nak lebih yakin tuan/puan lihat 2 batang gigi tengah bahagian bawah mestilah lebih besar dari gigi kiri dan kanan. Kalau tuan/puan lihat sama sahaja maknanya lembu tersebut belum cukup usia 2 tahun.
Wallahu 'Aklam.
Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira
Friday, November 27, 2009
Thursday, November 26, 2009
POTONG
Potong Jangan Tak Potong...
Kat Iklan asyik dok sebut potong tak habis-habis.., nak ramaikan pelanggan pun jangan sampai buat iklan Aggresif. Pakat dok kutuk TM.., tapi depa dok lupa.., TM tu milik siapa? Serupa dengan kutuk Kerajaan lah.., nak tenguk bola itu dan ini TM yang dok sponsor..., bayar zakat lagi. Tapi pakat ramai dok support yang tak bayar zakat. Depa kata services tu laju, takpa kita pakat tenguk selaju mana..
Orang dok bangga dengan HP, kutuk Fixed Line.., nak habaq kat hampa sikit, cuba hampa cakap berbisik guna HP bolih ka? Yang mana kuat radiasi antara HP dengan Fixed line. Lagi kalut bila kecemasan, berapa kerat pengguna HP yang tahu nak contact Ambulance, Bomba & Polis?
Celoteh sebelum raya qurban 1430 Hijrah
InsyaAllah, esok kita akan merayakan Hari Raya Qurban (Eidul Adha). Kebiasaannya sambutan untuk Hari Raya Qurban tidaklah semeriah Hari Raya Puasa (Eidul Fitri). Fenomena ini saya perhatikan kat Pahang lah, negeri lain pun sama juga, cuma semangat Orang Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan Darul Naim) meriah.
Semenjak pagi hari Rabu lagi hingga kini, kenderaan menghala ke Kelantan terlalu banyak, kat Bandar Bentong dan Raub pastinya mengalami kesesakan yang teruk. Cuma apa yang menyedihkan saya adalah cara pemanduan, tak kiralah lelaki atau perempuan, yang pakai kopiah atau pun tidak. Tidak dinafikan mereka dah letih memandu, mungkin dari Selatan Tanahair..jadi nak cepat sampai tetapi cara pemanduan mereka membahayakan kenderaan lain.
Kawan saya kata " Mereka seolah-olah ada nyawa spare ".
Pagi tadi sempat ke Pekan Benta, erm teropong lemang.., biasalah nak rayakan.. harga mesti naik sikit. Yang panjang harganya RM15, biasanya dalam RM12 aje. Saya beli 2 batang, pastu beli ayam.. seekor harganya RM21 (Berat 2.9kg), semalam pula ada rezeki dapat beli daging Rusa yang diternak, Alhamdulillah.. malam nanti untuk program Takbir rumah ke rumah dapatlah merasa rendang rusa. Kebiasaannya, pada malam raya samada Eidul Fitri atau Adha, saya akan mengetuai program tersebut. Memang seronok kadangkala hingga jam 12.30 malam. Sedihnya raya puasa yang lalu, saya beraya kat Selangor, program pun senyap.
Agak menyedihkan kalau ke Pekan atau Bandar untuk membeli barang keperluan untuk menyediakan juadah Hari Raya adalah dok berebut beli daging, sanggup beratur berderet-deret, ada yang selepas solat subuh sanggup menunggu. Yang tukang jual erm demand habis, kalau setakat sekilo atau 2 kilo cam tak dengar aje... hehehe, sepatutnya hari raya qurban ni.. tak payah nak berebut beli daging, cuba berpakat lakukan ibadah qurban., kalau nak bayar serentak satu bahagian RM300 - 400 untuk sebahagian dikatakan payah, buatlah kutipan setiap bulan RM40. Rokok bolih beli lebih dari tu.., Ibadah Qurban tak mampu nak lakukan. Tu belum cerita bab dok berhabis wang ringgit dengan HP. Budak sekolah pun ada 2 atau 3 HP setiap orang. Paling best budak kecil pun bolih bawa HP pergi surau, tengah solat dah berbunyi. Nak kata camno, Mak Bapak depa banyak duit..., time ajak berpakat nak buat Qurban.., erm sedap aje jawap.. " Kami tak nak kongsi dengan orang lain, kami nak buat sekeluarga ".. pastu hasilnya senyap... habuk pun takde. Nak elak rasa malu, hari raya tu cabut gi tempat lain. Kalau yang bercakap tu memang kurang income takpelah... ini memang sah orang berduit. Rumusannya.. ibadah Qurban nampak cam mudah.. tetapi sebenarnya payah, maklumlah pengorbanan untuk Allah pasti banyak halangannya.
Sekian, celoteh sebelum raya, kalau ada salah silap dalam celoteh ni. Saya memohon ampun dan maaf kepada tuan/puan.
"Tak tumbuh takkan melata, tak sungguh takkan orang nak kata"

Wednesday, November 25, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijrah.
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijrah. Semuga Ibadah Qurban yang tuan/puan lakukan samada untuk diri sendiri atau keluarga diterima olih Allah sepenuhnya.
Hiasilah malam hari raya dengan bertakbir, berdoa memohon keampunan kepada Allah.
Wassalam.

Monday, November 23, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Bahaya air dalam botol plastik di dalam kereta
Peringatan Utk Wanita:
Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah merbahaya!!! ! Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah di identifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutama di Australia ...Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta. Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda. Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.
cikguasrul...

Saturday, November 14, 2009
Takbir Hari Raya
InsyaAllah tidak berapa lama lagi kita akan merayakan Hari Raya Qurban ('Id Al-Adha). Rasulullah s.a w bersabda yang bermaksud " Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan tahmid."
Di dalam kitab-kitab Fiqh dijelaskan, takbir hari raya itu terbahagi kepada dua:-
1. Takbir Mursal:
Ia sunat dilafazkan sama ada oleh orang yang bermukim atau musafir, di masjid atau di jalan, dengan cara duduk atau berdiri, dipasar-pasar-pasar, dirumah-rumah kediaman dan sebagainya.
Waktu bermula takbir adalah dari ghurub matahari akhir Ramadhan dan berterusan sepanjang malam Hari Raya hingga Solat Hari Raya didirikan esok harinya. Demikian juga Takbir 'Id Al-Adha, sunat dilafazkan sepanjang malam hingga esok harinya ketika Solat Hari Raya dilaksanakan.
2. Takbir Muqaiyad:
Iaitu takbir yang terikat dengan waktu-waktu solat, jelasnya ia sunat dilkafazkan setiap kali selesai solat. Waktunya bermula selepas Subuh hari Arafah (hari ke 9) dan berakhir selepas Asar 13 Zulhijjah.

Friday, November 13, 2009
Kemudahan Pengangkutan Awam Untuk OKU
Berapa buah bas yang ada di Malaysia yang memberi khidmat untuk OKU, rasanya bolih dibilang dengan jari.
Memandangkan saya adalah lulusan Chartered Instute Of Logictics And Transportation dan CMILT (Chartered Member Institute Logistics And Transportation) UK. InsyaAllah dalam blog saya tuan/puan akan memperolehi pengetahuan berhubung dengan Logistics dan Transportation.
Thursday, November 12, 2009
Alamat Surat
KISAH BENAR
Sampul surat dihantar oleh LHDN......Seorang pekerja swasta telah membuat panggilan ke LHDN dan bertanyakan 'Form 'B'. Salah seorang kerani LHDN telah menjawab panggilan tersebut dan bertanyakan alamat bagi membolehkan borang tersebut dihantar dan berikut adalah perbualan mereka :-
Kerani LHDN : Boleh bagi alamat encik?
Pekerja Swasta : Ok, hantar ke Ranhill Worley di opis saya.Kerani LHDN : Apa Ranhill? ...... eja macam mana?
Pekerja Swasta : R.A.N.H.I.L. L eja dia camni : 'R'.. untuk Rumah... 'A' untuk Ayam .. 'N' untuk Nangka... 'H' untuk Holland ... 'I' untuk itik.. 'L.L' untuk lain- lain....'
Kerani LHDN : Ok.. nanti kami hantar ke alamat itu.
Selepas seminggu, borang tersebut pun sampai - alamat di sampul surat seperti gambar di atas.
Tuesday, November 10, 2009
Monday, November 9, 2009
Mengenali Perubatan Islam
Mengenali perubatan Islam yang sebenar dari yang palsu, Ulamak terdahulu hingga kini telah menetapkan bahawa keharusan mengubati penyakit dengan menggunakan kaedah Ruqyah mestilah memenuhi tiga (3) syarat utama :
1. Mambaca doa atau menjampi hendaklah dengan ayat-ayat al Quran yang betul bacaannya atau hadith-hadith nabi atau doa-doa yang makthur dan sahih.
2. Boleh menggunakan jampi dengan apa bahasa pun akan tetapi hendaklah difahami makna. Tidak bercanggah dengan hukum syarak.
3. Mestilah pengamalnya beri’tikad yang bulat bahawa penyembuh sebenarnya hanya Allah s.w.t sahaja.
Tiga syarat tersebut telah menjadi Ijmak Ulamak mengharuskan perubatan Islam melalui kaedah ruqyah. Sebarang penyelewengan dari tiga tersebut akan terkeluar dari rawatan Islam.

Saturday, November 7, 2009
Doa Bismillah
Nabi Muhammad saw telah bersabda:
Faatihatul Kitab (Surah Al Fatehah) itu adalah obat dari segala penyakit (HR. Al Baihaqy dari Abdul Malik Bin Umair)
Faatihatul Kitab (Surah Al Fatehah) itu adalah obat dari racun. (HR. Sa'id bin Manshur Al Baihaqy)
Al Fatehah terkandung keistemewaan yang banyak sekali.
Doa Bismillah
" Bismillaahir rahmaanir rahiim. Allahumma innii as aluka bifadlli Bismillaahir rahmaanir rahiim, wabi haqqi Bismillaahir rahmaanir rahiim, wabi haibati Bismillaahir rahmaanir rahiim, wabi manzilati Bismillaahir rahmaanir rahiim, Irfa' qadrii, wa yassir amrii, wasyrah shadrii, yaa man huwa Kaf Haa Yaa 'Aiin Shaad, Haa Miim 'Aiin Siin Qaaf, Alif Laam Miim, Alif Laam Miim Shaad, Alif Laam Miim Raa, Haa Miim, Allaahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qaiyuum, bi sirril haibati waqudrati wabi sirril jabaruuti wal 'adzamati, Ij'alnii 'ibadikal muttaqiin, wa ahli thaa 'atikal muhibbin, waf 'al lii kadza Ya Robbal 'aalamiin. Wa shallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin Wa 'alaa aalihi wa shahbihi wa sallam "
Lebih aula tuan/puan jazamkan Bismillah terlebih dahulu mengikut nasihat Tok Belagak (Darul Saka).
Wallahu 'Aklam.
"Ilahi Anta Maqsudi, Wa Ridhoka Matlubi"

Persoalan Roh
Amatlah digalakkan tuan/puan membeli buku terbitan JAKIM, penterjemah MUHAMMAD RAMZI OMAR. Tajuk buku ROH Menurut Perbahasan Ulama Kalam & Ahli Falsafah olih
Dr Muhammad Sayyid Ahmad Al-Musayyar.
Kandungan Buku berkenaan:-
Bab Pertama : Roh dalam kehidupan dunia
Fasal 1 : Hakikat Roh
Fasal 2 : Kelahiran Roh
Fasal 3 : Roh Bersama Badan
Fasal 4 : Roh Selepas Kematian
Bab Kedua : Roh Pada Hari Kiamat
Fasal 1 : Mazhab Materialis
Fasal 2 : Falsafah Ketuhanan (Theis)
Fasal 3 : Penganut Faham Tanasukh
Fasal 4 : Mazhab Mutakallimin (Ahli Kalam)
Fasal 5 : Methodologi Al-Quran Tentang Kebangkitan.

Friday, November 6, 2009
Risiko Perawat
Untuk menjadi perawat bukanlah sesuatu yang mudah, bukan sekadar nak mantapkan keilmuan bab merawat tetapi basic agama kena kukuh daripada segi Feqah, Usul & Tasawuf.
Telah banyak kali saya mendapat berita, perawat menerima padah setelah merawat pesakit, ada yang terlantar di Hospital, 3 hari jalan terhincut-hincut, pening kepala, sakit perut dan sebagainya mungkin olih tindak balas tukang sihir atau sahabat-sahabat Jin. Yang terbaru,
ada perawat yang tenat.
Saya teringat pesan Tok Belagak di Blog Darul Saka, kalau tak nampak jangan merawat. Memang mendalam maksud kata-kata beliau. Saya berpeluang mengadap Guru saya di Gua Musang, Kelantan. "Pesan Tok Belagak memang tepat" kata Guru saya, sebab kalau kita tidak nampak, maka kita akan dipermainkan olih Jin-Jin yang nakal atau jahat. Yang ada dalam badan cuma 1 tetapi dok menyamar banyak. Sebab itu sudah timbul kaedah menguji Jin bercakap benar yang dilakukan olih perawat.
Untuk tuan/puan yang berminta nak jadi perawat, ingatlah pesan saya, keilmuan benteng diri dan keluarga kena istiqamah, bukan hanya dengan satu kaedah tetapi pelbagai. Andainya kita telah lakukan semua ikhtiar, namun kita masih tewas olih kejahatan makhluk, sesungguhnya itu adalah ujian daripada Allah kepada kita.

Sedapnya kalau buat "Gulai tempoyak"
Ingat mengingati sesama kita...
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Waallahu 'Aklam.

Wednesday, November 4, 2009
P1 Wimax Vs Streamyx
Iklan daripada Wimax
Ni pula iklan TM yang melawan balik iklan kempen potong P1 Wimax:
Kalau dipandang betul-betul, muka mamat ni iras-iras wajah CEO P1 Wimax, Michael Lai
CEO P1 Wimax (Michael Lai)
Renungan bersama (Komen olih pelanggan)
Abang dah potong? Semua orang dah potong. ..beginilah iklan ISP P1 Wimax. Kelakar juga tagline iklan ni sekali pandang orang ingat potong tu macam berkhatan. huhuMemang jelas P1 cuba "menganjing" pesaing utamanya dalam internet jalur lebar iaitu Streamyx produk dari TM kerana gambarnya yang memotong kabel RJ11 iaitu wayar telefon tetap.Baguslah kerana dengan ada saingan ISP-ISP tempatan dapat menurunkan caj perkhidmatan mereka. Pada saya pula apa yang penting ialah kualiti perkhidmatan dan kebolehan melayari internet dengan laju tanpa putus-putus.
Saya kini melanggan 3G broadband Celcom dan streamyx. Broadband Celcom memang tak berapa puas hati servisnya manakala streamyx pula intimitent. Kadang-kadang laju kadang-kadang slow.
Ini adalah satu cabaran bagi TM kerana dalam Bajet 2010 pun PM sudah mengumumkan TM akan memulakan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang bernilai RM11 billion . Kerajaan akan melabur RM2.4 bilion dan TM membiayai bakinya RM8.91 bilion.HSBB akan memberi speed sehingga 10Mbps kepada pelanggan kediaman dan sehingga 100Mbps kepada pelanggan perniagaan dengan teknologi fiber dan teknologi IP sepenuhnya. Ini adalah tempatnya kerana isu hangat pelabur dari Australia risau dengan keadaan sambungan internet di Malaysia.
Secara overallnya walau pun banyak komplen boleh dikatakan streamyx adalah best of the worst broadband di Malaysia. Lihat tip di isuhangat dulu 'melayari streamyx dengan bijak'Ok berbalik kepada kempen potong P1 Wimax tadi. Ramai juga yang sudah komplen perkhidmatan P1 ni. Seperti Broadband Celcom, ramai yang mengatakan laju pada mulanya tetapi apabila pertambahan pelanggan mulalah menjadi selowww gila. Sehingga istilah berukband, snailmyx, p1 Why Mek, Max Cis dicipta oleh pelanggan yang tidak berpuas hati.
Apa yang diharap ialah jangan berlawan iklan jer . Lawan dengan servis!
Monday, November 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)