Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira
Thursday, November 12, 2009
Alamat Surat
KISAH BENAR
Sampul surat dihantar oleh LHDN......Seorang pekerja swasta telah membuat panggilan ke LHDN dan bertanyakan 'Form 'B'. Salah seorang kerani LHDN telah menjawab panggilan tersebut dan bertanyakan alamat bagi membolehkan borang tersebut dihantar dan berikut adalah perbualan mereka :-
Kerani LHDN : Boleh bagi alamat encik?
Pekerja Swasta : Ok, hantar ke Ranhill Worley di opis saya.Kerani LHDN : Apa Ranhill? ...... eja macam mana?
Pekerja Swasta : R.A.N.H.I.L. L eja dia camni : 'R'.. untuk Rumah... 'A' untuk Ayam .. 'N' untuk Nangka... 'H' untuk Holland ... 'I' untuk itik.. 'L.L' untuk lain- lain....'
Kerani LHDN : Ok.. nanti kami hantar ke alamat itu.
Selepas seminggu, borang tersebut pun sampai - alamat di sampul surat seperti gambar di atas.