InsyaAllah, esok kita akan merayakan Hari Raya Qurban (Eidul Adha). Kebiasaannya sambutan untuk Hari Raya Qurban tidaklah semeriah Hari Raya Puasa (Eidul Fitri). Fenomena ini saya perhatikan kat Pahang lah, negeri lain pun sama juga, cuma semangat Orang Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan Darul Naim) meriah.
Semenjak pagi hari Rabu lagi hingga kini, kenderaan menghala ke Kelantan terlalu banyak, kat Bandar Bentong dan Raub pastinya mengalami kesesakan yang teruk. Cuma apa yang menyedihkan saya adalah cara pemanduan, tak kiralah lelaki atau perempuan, yang pakai kopiah atau pun tidak. Tidak dinafikan mereka dah letih memandu, mungkin dari Selatan Tanahair..jadi nak cepat sampai tetapi cara pemanduan mereka membahayakan kenderaan lain.
Kawan saya kata " Mereka seolah-olah ada nyawa spare ".
Pagi tadi sempat ke Pekan Benta, erm teropong lemang.., biasalah nak rayakan.. harga mesti naik sikit. Yang panjang harganya RM15, biasanya dalam RM12 aje. Saya beli 2 batang, pastu beli ayam.. seekor harganya RM21 (Berat 2.9kg), semalam pula ada rezeki dapat beli daging Rusa yang diternak, Alhamdulillah.. malam nanti untuk program Takbir rumah ke rumah dapatlah merasa rendang rusa. Kebiasaannya, pada malam raya samada Eidul Fitri atau Adha, saya akan mengetuai program tersebut. Memang seronok kadangkala hingga jam 12.30 malam. Sedihnya raya puasa yang lalu, saya beraya kat Selangor, program pun senyap.
Agak menyedihkan kalau ke Pekan atau Bandar untuk membeli barang keperluan untuk menyediakan juadah Hari Raya adalah dok berebut beli daging, sanggup beratur berderet-deret, ada yang selepas solat subuh sanggup menunggu. Yang tukang jual erm demand habis, kalau setakat sekilo atau 2 kilo cam tak dengar aje... hehehe, sepatutnya hari raya qurban ni.. tak payah nak berebut beli daging, cuba berpakat lakukan ibadah qurban., kalau nak bayar serentak satu bahagian RM300 - 400 untuk sebahagian dikatakan payah, buatlah kutipan setiap bulan RM40. Rokok bolih beli lebih dari tu.., Ibadah Qurban tak mampu nak lakukan. Tu belum cerita bab dok berhabis wang ringgit dengan HP. Budak sekolah pun ada 2 atau 3 HP setiap orang. Paling best budak kecil pun bolih bawa HP pergi surau, tengah solat dah berbunyi. Nak kata camno, Mak Bapak depa banyak duit..., time ajak berpakat nak buat Qurban.., erm sedap aje jawap.. " Kami tak nak kongsi dengan orang lain, kami nak buat sekeluarga ".. pastu hasilnya senyap... habuk pun takde. Nak elak rasa malu, hari raya tu cabut gi tempat lain. Kalau yang bercakap tu memang kurang income takpelah... ini memang sah orang berduit. Rumusannya.. ibadah Qurban nampak cam mudah.. tetapi sebenarnya payah, maklumlah pengorbanan untuk Allah pasti banyak halangannya.
Sekian, celoteh sebelum raya, kalau ada salah silap dalam celoteh ni. Saya memohon ampun dan maaf kepada tuan/puan.
"Tak tumbuh takkan melata, tak sungguh takkan orang nak kata"