Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, November 6, 2009

Risiko Perawat

Untuk menjadi perawat bukanlah sesuatu yang mudah, bukan sekadar nak mantapkan keilmuan bab merawat tetapi basic agama kena kukuh daripada segi Feqah, Usul & Tasawuf.

Telah banyak kali saya mendapat berita, perawat menerima padah setelah merawat pesakit, ada yang terlantar di Hospital, 3 hari jalan terhincut-hincut, pening kepala, sakit perut dan sebagainya mungkin olih tindak balas tukang sihir atau sahabat-sahabat Jin. Yang terbaru,
ada perawat yang tenat.

Saya teringat pesan Tok Belagak di Blog Darul Saka, kalau tak nampak jangan merawat. Memang mendalam maksud kata-kata beliau. Saya berpeluang mengadap Guru saya di Gua Musang, Kelantan. "Pesan Tok Belagak memang tepat" kata Guru saya, sebab kalau kita tidak nampak, maka kita akan dipermainkan olih Jin-Jin yang nakal atau jahat. Yang ada dalam badan cuma 1 tetapi dok menyamar banyak. Sebab itu sudah timbul kaedah menguji Jin bercakap benar yang dilakukan olih perawat.

Untuk tuan/puan yang berminta nak jadi perawat, ingatlah pesan saya, keilmuan benteng diri dan keluarga kena istiqamah, bukan hanya dengan satu kaedah tetapi pelbagai. Andainya kita telah lakukan semua ikhtiar, namun kita masih tewas olih kejahatan makhluk, sesungguhnya itu adalah ujian daripada Allah kepada kita.

"Ilahi Anta Maqsudi, Wa Ridhoka Matlubi"